BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 30, 2011

Warkah Selautan Rasa

Salam.. Maaf andai ku curi waktu dari mu, sekadar berharap kesudian kau meluang masa pada coretan hina ini.. Terlalu banyak untuk aku luahkan, sampaikan sukar nak ku atur dan paparkan untuk tatapanmu.. Mungkin bagi mu, akulah si keras kepala, yang tak pernah boleh dibawak bebincang, yang tahu sekadar menurut rasa hati sendiri, yang sekadar melayan amarah sendiri..

Bagaimana mampu nak kusampaikan, sedang dalam kepala, bercampur aduk berbagai perkara, tambahan rasa hati yang seringkali merindu, dan seringkali tertanya, apakah kau jua punya rasa, sama seperti yang sedang ku tanggung sewaktu mata tak bertamu..

Sayang, izinkan aku bertanya, pernahkah kau hitung, pernahkah kau ingat, pernah kah kau fahami, pernahkah kau rasai, tiap kata2, tiap ucapan rasa yang seringkali ku luahkan buatmu, mulut yang tak pernah jemu bertutur erti rasa sekeping hati..  Aku sedar kedudukan mu, dan aku jua sedar kedudukan ku, menumpang di suatu sudut yang mungkin sukar tuk kucapai walau secebis rasa darimu..

Di sudut inilah, duduk berdirinya aku, melaung segenap sedalam rasa hati sendiri, aku sayang, aku merindukanmu.. Sayang, laungan sekadar halusan suara dek kejauhan, samar2 kedengaran di cuping hatimu.. Sering kali kau bicara, aku bagai terpaksa, bagai tidak mampu menerima, situasi, keadaan,pendirian serta sikapmu.. Sedarlah, aku telahpun menerima, mungkin niat untuk ku perbetulkan, kutegur tingkah mu,  kau salah ertikan, sedang aku hanya mahukan yang terbaik buatmu..

Sedarkah kau, ku hanya ingin tingkatkan semangat mu, usaha mu, agar kau tidak mudah mengalah, berundur sebelum tiba waktunya.. Aku cuba jadikan kau tabah, agar nanti kau kan sabar, gagah untuk hadapi apapun keputusan, dan keadaan, kerana aku tak selamaya disisi, menenangkan, mengingatkan, apatah lagi menemani..

Sayang.. Aku tak mahu lihat kau cuma berserah, terima sahaja apa nasibmu.. Apa yang ku mahu, kau bangkitlah, bertemankan semangat, bersenjatakan daya usahamu, kau raihlah apa yang selama ini kau impikan.. Kerana, aku mahu kau peroleh yang terbaik dalam hidupmu, dan kau berpuas hati akan segala yang kau perolehi, agar nanti takkan kau kesali..

Mungkin bagimu aku sering memberontak, membela rajukan hati sendiri.. Sedangkan aku hanya dahagakan waktu bersamamu, mengubat setiap titis kerinduan yang melimpah dalam hati.. Sedarkah, betapa dalam rasa hati, yang ku pikul selama bersamamu.. Hinggakan tak mampu ku tahan rasa, andai sesaat tanpamu, inikan pula kau berjauhan dari ku..

Tapi rasa hati, bagai membebankan mu.. Bagai kehadiran ini makin memberi kau tekanan.. Apalah yang termampu aku lakukan, sedang hati membuak perasaan.. Sayang, kau maafkanlah andai kehadiran ini menyukarkan perjalananmu, aku hanya memuja sekuntum bunga, merindu haruman wangiannya.. Sukar tuk ku buat keputusan, berat tuk ku tinggalkan, apatah lagi nak ku lepaskan..

Ya Tuhan.. Perlukah aku melangkah pergi, memamah hati sendiri, membiarkan rasa hati, berkubur di sini.. Sayang, sedarlah apa yang terluah, apapun yang telah aku lakukan, bukanlah rekaan, bukanlah pembohongan tuk ku ambil kesempatan.. Tapi.. Itulah isi sekeping hati yang selama ini aku bawa sehingga ke hari ini.. Hati yang telah terpahat nama mu sayang..

0 comments: