BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 29, 2010

Cintan Bercintan Kecundang Tersembam..

Couple.. 

Kalau dipantau zaman skarang,
memang macam musim rambutan,
tak kire pagi petang siang dan malam, 
sang lelaki n sang perempuan,
memain watak serta peranan, 
sayang abang sayang cayunk...


Bukan aku jealous,
bukan aku dengki korang,
seme tu buat aku terkenang, 
kisah dulu kale mase aku tak bujang..


Dah name aku ni lelaki, 
bukan aku sorang, bleh kate seme skali,
bukan atas lelaki, sebab perempuan pon masuk skali,
bile da jatuh ati,
bile da tertawan ati, 
bile da tertarik ati,
bile da macam2 ati,
jadi la merpati due sejoli...


Mungkin...
bagi orang lain ade yang eppy,
its ok la yang tu aku tak peduli,
ape nak aku citer & kongsi,
pasal nasib aku sndiri,
maybe aku ni poyo nye laki, 
tapi kalau korang punyer hati, 
aku pun ade gak skeping lam ni..


Korang tau pe sayang,
korang tau pe gile bayang,
sampaikan timbul berbagai gelaran,
oh cayang,
oh abang,
oh macam-macam..


Aku dulu pon itu macam,
mabuk melayang siang malam,
sampaikan sms bagai nak pitam,
tapi last-last tersadung tersembam,
skarang apa macam?


Pesanan...
buat die yang masih ku kenang,
bukan aku dah hilang sayang,
dan bukan aku nak salah menyalahkan,
mungkin ngan aku die tak senang,
dan mungkin aku dah tak macam diharapkan...


Tapi...
aku jugak ade prasaan,
aku jugak sayang kat hang,
tapi awat susah ke nak paham,
abg bz siang dan malam,
mmg abg msg lewat2 malam,
ade jugak call tgah2 mlm..


Ingat tak dulu...
zaman tengah mabuk kepayang,
sayang sampai gile bayang, 
tolak ansur bukan kepalang,
abg bz "takpe bang"
"ayang paham bang"...


Sorry "ex" tersayang...
da lame lam ati ni memendam,
pentingkan perasaan ayang,
hati abg bengkak melebam,
saat keluar perkataan,
"ayang benci abang",
"kite break je abang!"'.
rase sayang ni bagai terbuang,
yang comfirm nye aku jugak yang kecundang...


Pada teman...
thankz bace ini coretan,
kat bawah ade lagi sambungan,
dengar dulu ini dendangan....


(p/s : download dulu lagu nie lau bleh)


---------------------------------------------------------
Kerana Cinta
Artist: Medicine


Bukan ku bermain cinta
Dan bukan ku berpura
Akhirnya kita terpisah jua
Suratan yang melanda


Bulan bintang matahari
Dan api cinta ini
Tetap bersinar dan bercahaya
Panas cinta membara


Cintaku kepadamu semanis madu
Bersinar dihatiku adalah rindu
Andai terciptalah istana di bibirmu
Mengapa musnah roboh dihatiku


Kerana cinta aku tersiksa
Kerana cinta merana
Kerana cinta aku terpedaya
Kini dikau tiada...
---------------------------------------------------


Selesai sudah dendangan,
pada "ex" abg nak pesan,
bencilah ini orang kalau itu jadi ketenangan,
dont worry abang tak marah tak berdendam,
dekat sini abang doakan,
moga hidupmu meraih kejayaan,
kerana itu lah orang ini kau korbankan...


Lupakah...?
aku pun jua ada impian,
di medan ini jua aku berjuang,
demi mengejar masa hadapan,
untuk senang lenang denganmu "ex" tersayang..


Kini...
tinggal lah aku dengan kerinduan, 
hiduplah aku dalam kesepian,
takpelah sebab da banyak dugaan, 
da banyak pengalaman,
bukan stakat aku ditinggalkan,
AWEK'S ku curang pun da aku rasakan, 
lagi hebat sebab depan pandangan, 
endingnyer nye ngan mamat tu lobam-lobaman...


Sampai sini jer ini coretan,
skadar berkongsi berpesan-pesan,
lantaklah korang nak mabuk bercintan,
ingat-ingatlah dalam berperasaan,
harap-harap taklah korang kecundangan,
aku taknak korang rasekan,
perit jerihnya patah harapan...

Thursday, October 28, 2010

Pusara Muara Dendam Seusia

Ada dendam di sini,
di dasar lautan hati, 
seringkali bicara suram,
bertutur bahasa kerinduan,
menderu rasa mencemkam,
pilu memenuhi demensi waktu,
hingga naluri tebujur kaku..

Mengenang kisah berantara waktu,
dalam senyum perasaan membisu,
dalam ketawa hati membeku,
hilang rasa segenap demensi,
kecewa menyemai benih benci,
bercambah teguh bak pohonan jati, 
menawar rasa ruangan hati..


Deruan langkah teman sejati,
hati ini kau tinggal pergi,
bersimpuh malu kau tiba kembali,
melarut manisan kau melangkah lagi,
menganjak arah bagai tak berperi,
kau anggar pudar segala memori,
tinggal bayangmu terikat tali,
bersimpul berbaur keruhan memori..

Paradigma dunia jadi buruan,
lupakah kau ku teman juangan?,
kau hanyut ceritera di muara rasa,
dibawa arus menyusur sengketa,
sengaja mengelar hirisan luka,
kau titis darah merah membara,
menitis menyala dendam seusia..

Atas nama,
sebekung rasa dalam jiwa,
didihan dendam di atas bara,
sumur hidupmu kusumpah derita,
renanglah kau di muara rasa,
tongkah lah arus yang dulu ku rasa,
lemaslah kau bersama gelora,
berkuburlah kau dalam muara,
biar berakhir sebagai pusara,
agar dapat ku siram sejuta rasa,
pada pusaramu tempat ku hapus derita..

Inilah sumpah ku dinda,
dikait dianyam derita rasa,
seumur hidupmu jgn kau impi bahagia,
biar padah hatimu hirup derita,
biar jiwamu mereput dipusara,
Pusara Muara Dendam Seusia...

Tuesday, October 26, 2010

Penghuni Dunia Senja

Lemahnya insan, 
letaknya pada hati perasaan,
mudah terluka angkara perkataan,
mudah terguris kerana ucapan, 
melara jiwa hingga tak keruan,
hinggakan diri hilang kesabaran,
berkuburlah ia bersama pedoman,
lahirlah pesongan pada pegangan,
hinggakan segolongan turut disama ertikan..

Di alam ini berteraskan dunia,
kitalah ciptaan bergelar manusia,
amankah hidup mu di alam sengketa? 
hingga tiadapun bertegur sapa,
anugerah mulut disalah guna, 
punca perpecahan sesama manusia,
apakah akal sekadar membeza, 
antara haiwan dengan manusia..?


Sedarlah teman,
dunia ini berumahkan dugaan,
berbumbungkan cabaran,
andai hati selalu diturutkan,
terkorbanlah kesabaran,
berkuburlah keimanan..

Coretan ini hanya bicara,
bukan ku lakar kerana nama,
ku sedar diriku jua insan hina, 
sekadar ku berpesan buat semua, 
sekadar untuk direnungkan bersama,
ingatlah maut tidak menanti usia, 
sedarlah dunia kini dilabuh senja,

Aku jua makhluk ciptaan, 
tak pernah lari dari kesilapan,
padamu Tuhan kuhamparkan tadahan,
kupohon jalan jua pesanan, 
untuk ku redah ranjau dihadapan, 
untuk ku susuri titian kehidupan..

Malang Si Gampang Terbuang

Ibu, 
muda usiamu melahirkan daku,
dipelusuk sepi ku keluar dari kandunganmu, 
tangisan suaraku kau liputi tanganmu,
tidakkah kau mengerti tangisan itu kesyukuranku..


Ibu,
belum pun sempat darah mengering dijasadku,
nyawa yang baru kau rampas dariku,
jasadku kini kembali kaku, 
tiada lagi tangisan pemecah kalbu..


Di himpunan sampah aku kau tinggalkan, 
balutan akhbar menjadi pakaian,
jasad yang kaku menghampar harapan,
agar ditemukan manusia berikhsan, 
moga jasadku tenteram dikebumikan..


Siang silih berganti malam,
jasad ku mereput disudut kelam,
jasad dulunya segar beransur suram, 
lemaslah aku di perlakuan kejam,
tiadalah upayaku untuk berdendam..


Bukan pintaku lahir di dunia,
lahir tanpa diazankan bapa,
ibu sendiri merampas nyawa,
demi menutup perlakuan durjana,
khuatir kehadiran ku pembawa hina..


Dipusara ini aku sendiri,
meratap menangis tiada henti,
datang ibu datanglah kemari, 
ubati rindu anakmu yang mati, 
tiadalah dendam bersamku di sini,
hanya limpahan kerinduan di hati,
dambakan ziarah ibu yang ku kasihi...