BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 26, 2010

Penghuni Dunia Senja

Lemahnya insan, 
letaknya pada hati perasaan,
mudah terluka angkara perkataan,
mudah terguris kerana ucapan, 
melara jiwa hingga tak keruan,
hinggakan diri hilang kesabaran,
berkuburlah ia bersama pedoman,
lahirlah pesongan pada pegangan,
hinggakan segolongan turut disama ertikan..

Di alam ini berteraskan dunia,
kitalah ciptaan bergelar manusia,
amankah hidup mu di alam sengketa? 
hingga tiadapun bertegur sapa,
anugerah mulut disalah guna, 
punca perpecahan sesama manusia,
apakah akal sekadar membeza, 
antara haiwan dengan manusia..?


Sedarlah teman,
dunia ini berumahkan dugaan,
berbumbungkan cabaran,
andai hati selalu diturutkan,
terkorbanlah kesabaran,
berkuburlah keimanan..

Coretan ini hanya bicara,
bukan ku lakar kerana nama,
ku sedar diriku jua insan hina, 
sekadar ku berpesan buat semua, 
sekadar untuk direnungkan bersama,
ingatlah maut tidak menanti usia, 
sedarlah dunia kini dilabuh senja,

Aku jua makhluk ciptaan, 
tak pernah lari dari kesilapan,
padamu Tuhan kuhamparkan tadahan,
kupohon jalan jua pesanan, 
untuk ku redah ranjau dihadapan, 
untuk ku susuri titian kehidupan..

0 comments: