BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 24, 2011

Kenali Pemujamu..


Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  
Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  
Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  
Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  
Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  
Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu,matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
  
 Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

 Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
  
Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  
Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

 Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’
  
Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  
Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.
  
Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
  
Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Wednesday, February 23, 2011

Jangan Disalah Erti SIkap & Rasa Ini

Mengimbau kembali bermula kisah, di mana pandangan mata mula terpaku pada seorang bergelar wanita.. Benar lembut perwatakan, seiring dengan keperawanannya.. Halus pekerti, tingkah laku serta tutur katanya.. Pada awalnya pandangan sekadar melihat hiasan alam, yang nyata dialah hiasan yang diciptakan di dunia.. Namun lama kelamaan timbul keinginan, meluah sapaan setelah kerap kali bersua, yang hanya kekal berteman pandangan mata..

Ibarat roda yang berputar, begitulah beralihnya waktu, hari saban hari berlalu bersama setekad rasa untuk mula menyapa.. Aku terdiam, di suatu sudut mengatur buah pemikiran.. Bagaimana langkah perlu ku atur, perlu ku ambil sebagai gerak mula? Walhal tiada langsung rasa terpaut pada mulanya,namun perasaan bagai ku tak mampu mengerti.. Mengapa harus wujud, lahir rasa segan, hinggakan tiap kali bersua, berselisih, mulut seringkali gagal berbicara, pandangan gagal ku pertahan pada wajahnya..

Dengan peredaran zaman serba moden, kelengkapan perhubungan yang tiada sempadan, aku mengatur gerak, sekadar menyapa dalam talian.. Asalnya segan, tapi bersama saki baki kekuatan aku pertahankan langkah yang sudah ku atur.. Perbualan berteraskan cetakan huruf, dari asalnya sedikit kaku mulai rancak, namun rancak hanya dalam medium maya, realiti masih belum hilang rasa yang bernama “SEGAN“..

Pernah jua dilontar persoalan padaku, mengapa aku bagai punya 2 perwatakan, rancak sekadar di talian maya, jauh berbeda pada realitinya.. Usahkan tegur, pandangan juga sering beralih arah.. Sering jua dia merasakan diri ini tiada kesudian untuk benar2 menganali satu sama lain..

Maaf, maaf ku pohon andai perwatakan ini seringkalu meragukanmu,  bukanlah hilang kesudian ku buatmu.. Setiap apa yang berlaku punya penjelasan yang adakalanya tak termampu ku luah dalam bicara kata.. Benar pada perhatian mu aku seringkali memaling muka dari mu, sedangkan saat tiada sedarmu, aku seringkali perhatikanmu.. Benar jauh sekali ku tegur, mengalun suara pada mu bila bersua, apalah daya aku terlalu kaku, diselami rasa segan dan malu, rendah rasa diri.. Kerna bagiku, kau terlalu utuh pekerti, terlalu ku sanjung budimu..

Dalam segan inilah, dengan pekertimu lah, hati mula terdetik satu rasa, rasa yang tiadalah asing lagi, rasa yang juga bakal memperjudikan segala pelusuk hati.. Dan rasa inilah makin menghanyutkan aku dalam lautan keseganan terhadapmu.. Sengaja ku selindung, sengaja aku biarkan kerana aku mengerti, siapa aku, siapa dirimu, tahap dan kedudukan, pemikiran, dan mungkin rasa jua jauh bebeza.. Tambahan kau bukanlah sekuntum haruman yang mekar di laman terbuka..

Rasa yang timbul, kian becambah hinggakan tak mampu nak ku kawal, terpaksa aku jauhkan, terpaksa aku beralih sementara.. Namun langkah yang diambil bukanlah mengundang kebaikan, malah kian kau rasa aku hanya mempermainkan.. Biarlah ku jelaskan sekadar mampu, bukan ku benci, bukan ku tak sudi.. Bukan ku jemu dan bukan ku tak ingin menyapamu.. Namun dalam hati ini terkandung rasa, harapan setinggi petala.. Aku hanya mampu menahan membendung hingga kian menjeruk di dasar hati.. Memang ingin ku relisasikan talian maya pada realiti, namun masa terlalu mencemburui..

Kenang kembali tutur kata yang terlah terluah, kenang kembali masa yang telah kita lalui, cuba kau selidiki.. Mohon kau perhati.. Bukan ku mahu menyusun teka teki, bukan ku atur ungkitan, bukan ku sengaja mengalas alasan..

Mungkan tiba masa kau kan mengerti, apa yang terkandung, apa yang igin ku sampaikan.. Sejuta maaf, kuhamparkan bersama sepuluh jemari..  Sedarlah, disini hanya mampu ku puja dari kejauhan.. Mohon kau jangan lagi salah erti, mohon kau jangan pernah membenci..

Sunday, February 6, 2011

Selingkar Khabar

  Syukur ke hadrat Illahi, kerna dengan limpahan nikmat kurnia-Nya selama ni aku telahpun siapkan beberapa nukilan tahap jiwang nak mampos ni.. Sebenarnya tertubuhnya Wacana Perasaan ni semata tuk aku lepaskan rasa, yang dah sekian lama terbuku.. Why? sebab tak ramai yang sudi, nak dengar luahan dari mulut aku, tak semua yang ade mase, tak ramai yang sggup dengar.. Even aku sendiri pon mmg camtu.. Bukanlah dalam ni aku nak layan jiwang karat, cuma melepaskan rasa yang aku nak buang walaupun still lagi terkesan lam ati..

  Mungkin ade yang tertanya, knape? ape kepuasan yang aku dapat? Soal kepuasan adalah hak masing2, tak semua orang sama cara perwatakan serta tingkah laku.. Dan ni lah die care aku.. Bukan nak cari nama, piblisiti murahan, kutuk sesape.. Dan blog ni pun bukan tuk aku paparkan umum.. Cuma pada yang tertentu, atau yang tak sengaja jumpe tu almaklum tuhan jela yang tahu..

  Sekian lama aku berilusi, berpuisi, meluah nukilan.. Kadang2 buat aku terfikir, bagai perasaan aku belum sampai tahap matang dalam berperasaan.. Kadang2 rasa bodoh, rugi, sia-sia.. Sebab aku rasekan diri aku yang melebih, berdasarkan apa yang MEREKA kate.. Dan kadang2 terase, apa betul aku kebudak-budakkan.. Atau MEREKA juz pergunakan tuk kepentingan, atas segala pengorbanan, keihklasan yang aku hadiahkan..

  CherryTerra ChentaQue.. Itulah yang terhasil dari ape yang tersimpan terkandung.. Macam yang aku katekan, aku coretkan tuk meluah.. Tapi sampai skang pon masih tak berkurang rase perit yang tertanggung.. Kenangan sepanjang 2thun lebih, bertukar memori silam cuma dalam masa yang singkat.. Aku pon tak tau nape sampai skang aku still tak mampu nak lupe.. Sedangkan pihak sane senang lupe, heppy.. Ok la wish u heppy 4 eva.. Ntah la aku pon sbnarnyer not in mood sgt skang.. nak melakar pon aku kaku, jiwa pun dah beku.. Hilang mod pujangga sekejap..

 Sampai tahap ni jer yang mampu nak aku khabarkan.. InsyaAllah, andai hati ni teguh ngan prinsip Pujangga, jari ni kan terus menari berkarya.. Pada yang sudi meluang masa, melayari hasil nukilan jemari.. Mungkin bukan buat masa skarang, sebab sukar nak coretkan cerita rekaan dari yang sebenar sepertimana CherryTerra ChentaQue..

  Salam buat semua.. Thanks a LOT..

Tuesday, February 1, 2011

Haq Sanubarry Que

Bila bicarakan tentang hak, kadang sukar nak diperjelaskan.. Kali ini bukan aku bicarakan hak seraya makna, tapi hak pada hati dan jiwa manusia.. Aku yakin, benar hampir meliputi segala genap setiap pelusuk dunia, setiapnya punya hak yang terutuh kukuh pada hati.. Hak yang aku sebut2kan inilah yang dinamakan pasangan hidup.. 

Dalam dunia yang fana, keadaan penuh pancaroba, walaupun kan tiba senja akhir zamannya, wawancara hak berpasang-pasangan takkan pudar selamanya, sehinggalah tiba waktu, yang mana insan tiada lagi ikatan perhubungan sesamanya, sebaliknya ikatan HAMBA pada TUHANNYA..

Apa yang ingin aku kongsikan bersama, apa yang ingin aku sampaikn, ceritera kisah hak dan nasib sendiri.. Mungkin sekadar sepintas bicara, maaf pohonan ku andai cetek kefahaman kalian.. Siapalah aku ini, tiadalah lembut jemari menghasil nukilan seni, tiadalah tenang hati tuk kalian memahami, hanya mampu bicara, sekaku kata, sekeras ceritera rasa..

Tercipta manusia, kaum Adam dan Hawa, untuk berpasang2an.. Inilah ungkapan, bukan sekadar ungkapan, tapi hakikat yang perlu ditelan, yang mana aku jua yakin benar, setiap dari kalian, pernah mendengarinya, pernah terbacanya, jua pernah  merasainya.. Begitu jua aku, dulunya bergelar Sang Pujangga, kian lama kembara mencari cintanya..

Kisah bermula, indah seri  taman berteman haruman bunganya.. 2008 Bermulalah waktu, aku bersama Putri Kecil, yang aku sayang selimpah rasa hati.. Seringkali kami bersama, meluang masa, jalani aktivi bersama.. Setiap masa diselimuti rasa gembira, riang girang.. Tak nafikan sehingga saat ini, riang tawanya masih lagi terngiang, gelagat lincah keriangan masih lagi terbayang, walau hakikat, segala hak yang tersimpan, kini dirampas orang.. 

Aku bersandar, sejenak aku titi kembali setiap detik masa, yang ku luang, yang aku habiskan bersama, sikecil manis, Putri yang aku rindui.. Apa silapku, manakah salah ku, hinggakan janji yang dulunya kami patri bersama, ikatan yang dulunya disimpul mati, lenyap dibawa pergi jauh dari pandangan sekeping hati, yang selama ini ku kandung dalam dada sehingga ke hari ini..

Hakikatnya, dialah Sang Putri kecil, kini disamping jejaka pilihannya..

Hakikatnya, dialah Sang Putri, yang dulunya menghiasi rasa hati, yang kini sunyi dibuai sepi..

Hakikatnya, dialah Sang Putri, yang melenyapkan janji, memutuskan simpulan mati..

Hakikatnya, dialah Sang Putri, yang nyata kian jauh meninggalkan pergi..

Hakikatnya, dialah Sang Putri, yang meninggalkan kesan parut di hati ini..

Dialah Sang Putri, yang dulunya adalah hak hati dan jiwa ini.. Segala waktu, masa dan detik yang aku titi, nyata bukanlah silap yang aku temui, tapi sebaliknya aku yang terlalu menyayangi, menjaga, merindu, hinggakan aku bagai berkubur disini.. Selama kami bersama, tak pernah kami bertengkar, Sang Putri Kecil amat menghormati aku, hinggakan segala gerak geri diberitahu, setiap perkara ditanya pendapatku.. Nyata diri terasa amat dihargai, terasa diri ini wujud buat nya, penting padanya..

Namun bila berjauhan, bunga dihidu kumbang yang merantau.. Segala bermula, aku makin tak dihiraukan, tak difahami, tiada lagi dihormati.. Walau aku masih megambil berat, masih bertanyakan, masih berhubung..... Rasa sayang dan rindu, hilang bagai tiada makna.. Aku kembali terkapai, terbuai dihanyutkan rasa hati.. Sayu, gelisah, bercampur bergelumang segala rasa, yang pastinya, aku tidak lagi dalam ketenteraman..

Sang Putri Kecil, yang dulu ku tatang bagai minyak yang penuh, kini pergi meninggalkan segalnya.. Bukan sekadar jauh dari pandangan, tapi jua jauh dari hati yang menuntut hak yang selama ini diperjuang bersama.. Mampukah kalian rasa, mampukah kalian fahami, derita rasa yang aku tanggung.. Setelah sekian lama ku jaga, aku tampung dalam hari sendiri, pertaruhkan segalanya, berkorban itu ini, hanya demi membuktikan kesungguhan serta keikhlasan rasa hati pada Sang Putri.. Yang nyata, kau pergi wahai Putri Kecil ku..

Bertahun aku teruskan sisa rasa hati, tempuhi perjalanan dalam sepi, bertopeng senyuman, beraksi riang.. Melindungi rontaan hati dan jiwa yang masih merintih hak yang dirampas darinya.. Puas ku pujuk, puas aku tabahkan.. Namun tiadalah daya yang termampu..

Perjalanan tetap aku teruskan, disuatu persimpangan terpana mata yang masih berair kemerahan, seorang gadis, hampir sama parasnya dengan Sang Putri, kecil molek, riang juga lincah perwatakan.. Walaupun aku sedar, dia bukanlah Sang Putriku, namun sedikit sebanyak merawat luka yang terpendam.. Lirikan mata, senyuman kian lama kian memukau.. Hati yang dulunya merintih kini bangkit kembali, tanpa aku sedari berpaut pada si gadis..

Hari berselang waktu, bulan mentari silih berganti.. Rasa kian melimpah, memaksa mulut untuk ku luah.. Hati yang berpaut terguris lagi.. Bunga yang mengharum bukan terbiar, sebaliknya mekar di laman orang.. Ku undur selangkah, membataskan diri, kupujuk rasa hati.. Namun apalah daya, hati yang menagih hak kian memberontak, memaksa diri untuk memiliki.. Perlahan lahan aku cuba untuk memenangi, namun sehingga kini aku sendiri gagal tuk memasti situasi..

Dari kejauhan, hanya mampu ku perhati, dan dari sini jualah hati ini cuma mampu merindui.. Segala yang tersembunyi tiada lagi aku selindungi, segalanya telah aku pertaruhkan, telah aku tunjukkan.. Semata-mata nak aku buktikan bahawa rasa hati ini ikhlas dan benar menyayangi.. Namun dia bukan lah hak bagi jiwa dan hati ku.. Tapi hak bagi hati dan jiwa jejaka lain.. Hati aku terusan meronta, bicara bersama jiwa merampas hati yang dipuja..

Dalam kesayuan sebak rasa, aku hanya mampu berpesan “Wahai kau Sang Hati Sang Jiwa, aku jua mengerti rasamu.. Aku pun turut menginginkannya, tapi adakah kita kan puas, adakah kita kan gembira, andai hatinya kita miliki, tapi jiwanya pada yang lain.. Lepaskanlah, bebaskanlah.. Biarlah aku temankan sunyi kalilan, tangis kalian, & derita kalian.. Wahai kau Sang Hati, Kau Sang Jiwa, temanilah aku hingga tiba ajal ku.. Kerna kini bagiku, kalian hak seumur hidupku.. Takkan ada yang merampasnya hingga akhir nafas nadiku..”

Kini Aku, Sang Jiwa, bersama Sang Hati.. Mengatur langkah, merentas bahang kesunyian, menahan dahaga keinginan berteman..