BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 30, 2011

Warkah Selautan Rasa

Salam.. Maaf andai ku curi waktu dari mu, sekadar berharap kesudian kau meluang masa pada coretan hina ini.. Terlalu banyak untuk aku luahkan, sampaikan sukar nak ku atur dan paparkan untuk tatapanmu.. Mungkin bagi mu, akulah si keras kepala, yang tak pernah boleh dibawak bebincang, yang tahu sekadar menurut rasa hati sendiri, yang sekadar melayan amarah sendiri..

Bagaimana mampu nak kusampaikan, sedang dalam kepala, bercampur aduk berbagai perkara, tambahan rasa hati yang seringkali merindu, dan seringkali tertanya, apakah kau jua punya rasa, sama seperti yang sedang ku tanggung sewaktu mata tak bertamu..

Sayang, izinkan aku bertanya, pernahkah kau hitung, pernahkah kau ingat, pernah kah kau fahami, pernahkah kau rasai, tiap kata2, tiap ucapan rasa yang seringkali ku luahkan buatmu, mulut yang tak pernah jemu bertutur erti rasa sekeping hati..  Aku sedar kedudukan mu, dan aku jua sedar kedudukan ku, menumpang di suatu sudut yang mungkin sukar tuk kucapai walau secebis rasa darimu..

Di sudut inilah, duduk berdirinya aku, melaung segenap sedalam rasa hati sendiri, aku sayang, aku merindukanmu.. Sayang, laungan sekadar halusan suara dek kejauhan, samar2 kedengaran di cuping hatimu.. Sering kali kau bicara, aku bagai terpaksa, bagai tidak mampu menerima, situasi, keadaan,pendirian serta sikapmu.. Sedarlah, aku telahpun menerima, mungkin niat untuk ku perbetulkan, kutegur tingkah mu,  kau salah ertikan, sedang aku hanya mahukan yang terbaik buatmu..

Sedarkah kau, ku hanya ingin tingkatkan semangat mu, usaha mu, agar kau tidak mudah mengalah, berundur sebelum tiba waktunya.. Aku cuba jadikan kau tabah, agar nanti kau kan sabar, gagah untuk hadapi apapun keputusan, dan keadaan, kerana aku tak selamaya disisi, menenangkan, mengingatkan, apatah lagi menemani..

Sayang.. Aku tak mahu lihat kau cuma berserah, terima sahaja apa nasibmu.. Apa yang ku mahu, kau bangkitlah, bertemankan semangat, bersenjatakan daya usahamu, kau raihlah apa yang selama ini kau impikan.. Kerana, aku mahu kau peroleh yang terbaik dalam hidupmu, dan kau berpuas hati akan segala yang kau perolehi, agar nanti takkan kau kesali..

Mungkin bagimu aku sering memberontak, membela rajukan hati sendiri.. Sedangkan aku hanya dahagakan waktu bersamamu, mengubat setiap titis kerinduan yang melimpah dalam hati.. Sedarkah, betapa dalam rasa hati, yang ku pikul selama bersamamu.. Hinggakan tak mampu ku tahan rasa, andai sesaat tanpamu, inikan pula kau berjauhan dari ku..

Tapi rasa hati, bagai membebankan mu.. Bagai kehadiran ini makin memberi kau tekanan.. Apalah yang termampu aku lakukan, sedang hati membuak perasaan.. Sayang, kau maafkanlah andai kehadiran ini menyukarkan perjalananmu, aku hanya memuja sekuntum bunga, merindu haruman wangiannya.. Sukar tuk ku buat keputusan, berat tuk ku tinggalkan, apatah lagi nak ku lepaskan..

Ya Tuhan.. Perlukah aku melangkah pergi, memamah hati sendiri, membiarkan rasa hati, berkubur di sini.. Sayang, sedarlah apa yang terluah, apapun yang telah aku lakukan, bukanlah rekaan, bukanlah pembohongan tuk ku ambil kesempatan.. Tapi.. Itulah isi sekeping hati yang selama ini aku bawa sehingga ke hari ini.. Hati yang telah terpahat nama mu sayang..

Monday, January 24, 2011

Harapan Rasa Kuala

Bermula awal januari 2011, aku hadir kesini, tanah kuala yang gersang pada siangnya, dan malam dihiasi ribuan bintang, dicengkam kesejukan bahana bayu malam yang menghembus.. Langkah kuatur kususun bersama niat, hadirku disini agar memudahkan perjalanan, kerja , pendidikanku di lembah ini.. Namun sebaliknya tersembunyi suatu niat, agar ku hampir, agar ku lebih dekat, dengan seseorang yang bergelar wanita..

Si kecil, girang perilakunya, kadang pemalu wataknya, menyelindung sikap celoteh yang selama ini tersorok dari pandangan ku.. Pertemuan antara kami, bukan lah suatu yang dirancang, bukan suatu yang disengajakan, tapi aku percaya, takdir yang tentukan segalanya, walau dalam masa yang aku sindiri alpa, lalai tanpa secebis rasa menduga..

Ku mulakan maaf pada kalian yang membaca, bukan sepoyo hati ku alun rentak rasa jiwa, menjadi paparan cerita, namun sekadar mengiring rasa, mencerita suatu peristiwa, tentang sebuah rasa yang sukar ku ungkap, yang sukar ku jelaskan dengan kata2..  Julai 2009, pandangan ku dicuri seraut wajah, selembut senyuman, serancak tawa, sebuah jelingan.. Aku sedar semua bukan terhasil buat ku, namun soalnya hati tak mampu terduga...

Dari situ bermula ceritera, bercambah sebuah rasa, sedikit demi sedikit, bak tumbuh si pohonan  tanjung, dari pucuk, merebak akar, dahan kian membesar, menyokong rimbunan daunan hijau kesuburan, menantikan hadiran wangian dari cambahan bunga yang terlalu jarang musimnya.. Sengaja ku kias, kerana dalam maknanya, hanya kiasan semampu bicara, walau pendek tutur kata, namun padat menyeluruh isiannya..
Rasa yang bercambah, bertunjang dalam hati bagai ku pertaruh istana rasa.. Puteri disanjung dipuja, bukanlah  hak seraya.. Namun aku jua yang terlena, terbuai dek layanan mesra, bibit perwatakan menawan, membuat aku hanyut terpenjara dalam lembah rasa sendiri..

“Wahai kau sang puteri..
Benar aku memuja, benar aku pertaruh rasa
Apakah nanti suatu masa kan tiba
Angan ku berbuah rasa
Berharuman bunga”


Aku sedar, tidalah ku punya hak mengubah hati mu, memesong perasaanmu, Cuma harapan agar kau mengerti rasa jiwa, pertaruhan, kesanggupan, pengorbanan yang telah ku hamparkan buatmu.. Nyata kini ku buntu, diri bagai terpaku, tidak lagi aku termampu, menganjak mengubah haluan hidupku.. Yang pasti, ku kan terus menunggu, mungkin memanggil maut sendiri, atau membina taman impianku selama ini yag ku kembara mencari..

Saturday, January 22, 2011

Malam Terbuai Janji


                 Mata yang tertutup selama hampir 30minit tadi tiba-tiba terbuka, terkejut melihat jam yang dah cecah jam 5 ptg.. Mungkin sebab penat, maklum pagi tadi hadir kelas sampai ke tengah hari.. Balik je dah sambung keje wajib hujung miggu, mandikan kekasih hati.. Sape lagi kalau bukan moto yang satu tu, tu lah pangkal jantung hati yang bawak aku kesane kemari.. Asal bangun je macam biase lah, layan kepale yang mamai, termenung & hanyut sejenak..

                Tetiba teringat  janji semalam.. Patut nye malam ni luang mase ngan sorang tu, alang2 dah nak kua better aku balik trus ke rumah sewa.. Tuala hijau yang tersidai hujung katil aku sambar sepintas aku bangkit dari tempat beradu.. Langkah longlai ku atur ke kamar mandi.. Selesai bersiram, siap segala kelengkapan perjalanan, tetiba seloka dari dalam perut mula berirama.. Lapar pulak dah..

“Jom gi makan..”
“Aku mane la ade duit”
“Mai jelah, aku payung”

Bosan lak makan sesorang kat kedai tu, jemput la adik aku skali pi.. Sampai kat kedai je, masing2 memula wawancara mengoder.. Hampeh, lambat tol hidangan sampai, sedang perut masing2 dah rancak berpesta irama lapar.. Sambil menunggu, aku hantar secoret pesanan Sistem Menghabiskan Sen (SMS)

“Lepas maghrib la kite gerak..”

Memandangkan mase tu pun mmg dah agak lewat, dah jam 6 ptg.. Sekadar memaklum kat si dia je.. Tak lama hp aku berdering..

“Kite kua len kali jela ye, penat lah, org bru pas jogging.. Lgpun mlm ni nak study..”

Terkilan jugak la kan, dapat msg yang mungkin bagi korang bise kot, tapi dah janji, last minit lak cancle.. So pe boleh buat, terkilan ke ape ke.. Kepale yang terpengaruh ngan hati ni aku tenangkan, biarlah, lagipun die penat nak maintain badan, die pun nak study lg.. Aku tadek hak nak pakse.. Tapi hati ni tak reti bahase tol, teguh ngan rase terkilan lagi..

“OK juz cancle je.. Len kali je kua..”

Aku juz mampu jwab camtu je.. Selang beberape saat hidangan sampai.. Makan dah slow motion, tadi kemain lapar sampaikan perasaannye nak makan ngan pinggan2 skali.. Tapi hati nye pasal.. Hm....


                Dengan berbekal beg laptop, niat nak truskan perjalanan lepas makan terbatal serta merta, selesai urusan di kedai makan, kami 2 beradik balik semula ke rumah.. Azan maghrib berkumandang, sedang aku lak termenung depan pintu.. Hp yang aku parking atas meja berdering lagi, ingatkan si dia tukar plan, rupenyer housemate yang call.. Die ajak kua ke bandar, tanpa fikir panjang, rentak diorang aku follow jer..

Selepas isyak, perjalanan dimulakan dengan my bro, diorang pun dah tunggu dekat semambu, berenti makan katenye.. Lokasi bertempat di pantai Teluk Chempedak, biaselah malam minggu.. Dah lame aku tak menapak kat situ dan malam ni aku kembali menjejak kaki..Suasana hiruk pikuk walaupun jam dah hampir jam 12 malam.. Dengan kehadiran ahli bumi yang serba gaya, aksi, perilaku dan sebagainya..

Mata ni Cuma mampu menatap gelagat, muda mudi, kanak2, yang antaranya dari pelbagai golongan, bangsa & agama.. Sedang aku melangkah, ayunan kaki terpaku berhampiran dataran, Sekumpulan penghibur, berbekal gitar kapak, dan gendang rebana, berdansa menyanyikan lagu.. Walaupun diorang tak lah punya rupa paras yang komersial, tapi suara lunak beriringan dendangan dari tulang 4kerat diorang, tak aku nafikan mmg kalah artis mentor, akademi fantasia or sebagainya..

Sedang mereka berdansa menghibur pengunjung, di depan terhampar beg kosong mohon sembangan seringgit dua.. Namun kadang hati aku terdetik, kenapa tak je diorang buat recording, comfirm hasil lebih lumayan dari  jadi penghibur jalanan.. Tapi itulah dunia, cabaran yang ditanggung setiap orang, mungkin setiap kelompok itu sukar tuk dibaca dan difahami..


Aku, Black, Eteng, Faza, & Uqi akhirnya kami mematikan langkah di pesisiran, sambil duduk berehat, menghirup udara malam, menatap kedamaian malam, serta memerhati bot2 nelayan dari kejauhan.. Dari situ mata trus meliar, setiap rona lagak perilaku diperhati.. Namun perasaan tetap melayang, terbuai bersama deruan bayu malam pantai.. Sedang ingatan terpaku pada seseorang..

                Malam terus berlalu, sedang hati tak aku nafikan sedang merindu, walaupun terkilan, walaupun kini aku bersama rakan, walupun dikerumuni ramai orang, berbagai gelagat perwatakan, tapi tetap tak mengalih perhatian, tetap tak meluput kerinduan.. Susah bile hati dah tertawan, segala yang ditempuh bagai tak keruan, bila apa yang dihajatkan tak kesampaian..  Betul lah kate orang, bile dah gile bayang, seminit pun takkan mampu nak endahkan..


                Malam terus berlalu, kami berlima berangkat menyambung perjalanan.. Masing2 menuju destinasi.. Hiruk pikuk yang tadinya rancak kini lengang sepi..  Gaya, perwatakan dan perilaku muda mudi tiada lagi menghiasi.. Tinggallah Sang Pantai berteman Rembulan serta Deruan Ombak.. Bagai mengerti, yang aku ditinggal janji..

“Malam kian berakhir tatkala waktu silih berganti.. Yang pasti mentari pastikan muncul kembali berteman riuhan kicau burung dan unggas.. Sedang aku masih lagi terbuai dengan sebuah janji..”

Thursday, January 20, 2011

Hari Ini Dalam Kenangan

Aku labuhkan tubuh pada suatu sudut, fikiran ku biarkan beralun, melayang tanpa tujuan.. Tak tau knape, kat dalam ni rase tak berape tenang, tak berape nak happy.. Mood tetiba hilang, aduss.. Ni lah saat yang paling aku tak suka.. Kalau nak ikutkan, mohon ditarik segala rase dalam hati aku ni.. Tapi harapan sekadar sandaran semata-mata.. Mana lah mampu nak aku realisasikan..

Ntah kenape malam ni rase bosan, sunyi pun ade, blur pun ye jugak.. Lantas aku menoleh pada laptop ACER Aspire 4736Z yang tersedia atas meja lipat sebelah.. Game.. Counter Strike? Dotta? Tadak mood tol nak layan walhal tu fav game aku.. Ya Allah.. awat la camni.. Lengan kiri aku angkat, paparkan jam yang membalut pergelangan kiri aku.. Dah pukul 8:10 malam.. Mood yang melayang bagai tersentak, terpaku pada jam CASIO silver biru..

Ini lah jam yang disarungkan sejak semalam 19 Januari 2011, jam 6:32 petang.. Mase tu kat Indera Mahkota, jogging port at Taman Bandar.. Terkenang kisah bermula, asalnya bosan, memandangkan free time, tapi tadak aktiviti.. Pesanan ringkas dihantar pada nombor  tertera, “Jom kua jalan-jalan petang ni” pelawaan diterima.. Katenye nak pi cuci gambar, ok lah alang2 nak kua jejalan tak beban pon lau nak singgah cuci gambar.. Lepas asar, kitorang bertolak.. Lokasi tak terfikir lagi, sampai di suatu simpang haluan ke bandar utama dituju..

Sepanjang perjalanan masing2 tak banyak cakap, juz diam.. Tapi ade la keluhan mengantuk.. Maybe sebab perjalanan agak perlahan.. Destinasi pertama tiba, kedai gambar..

 “Pukul 8 malam kang baru siap”

aku senyum, mampu mengangguk.. Perjalanan diteruskan ke lokasi ke dua..

“So kite nak ke mane lak ni?”
“Jangan risau, tak bawak lari nyer.. Ikut je..”

                Destinasi dituju akhirnya tiba jugak, rimbunan pohon melingkari sebuah tasik buatan, pemandangan yang cukup tenang, bercampur kemeriahan orang ramai yang turut serta berpicnic, jogging, & ade yang sekadar berehat mengambil angin lepas penat seharian kat pejabat..

“Ade orang main golf la”

Huh? Golf? Bile mase pulak tampat ni ade padang golf? Rupenye ade sepasang yang tengah men Wood Ball kat padang sebelah.. Tergelak plak dengar die cakap orang men golf..

“Tu bukan golf la.. tu orang men wood Ball..”
“Nape tak cakap nak datang sini, lau tak leh bwak kasut, leh jogging..”

Walhal aku pon tak la budjet nak datang tempat ni, last minute decision.. Mane lah tau die kaki jog.. Tak ckap banyak, aku park then kitorang walking through around da jogging track.. Tak pernah lagi aku tengok gelagat bersungguh die kali ni.. Yup ade la keriangan, n mulut berpotpet potpet tanpa henti..  Dalam leka duk berjalan, singgah lah kami kat port senamrobik.. Yang gayut2 n imbang badan tu.. Die ke main lagi exited nak try.. Ikutkan ati tak lah aku nak bagi sgt memandangkan baju yang dipakai kurang sesuai tuk jalankan aktiviti cmtu.. Kitorang ubah port senam, kali ni ade 3 titian buatan, yang mane fungsi tuk latih imbangan badan.. Dan2 lak die wat game, record mase sape paling laju meniti pergi balik.. First mmg aku lah mangsenyer, pencapaian lebih kurang 18 saat lebih, then turn die lak.. 19 saat lebih, ok la..

                That time la jam yang aku pakai skang melekat kat pergelangan kiri aku.. Memandangkan hari pun dah senja, kami berangkat ke surau berdekatan, maklum waktu pun dah hampir Maghrib.. Selesai solat, hala tuju disambung ke kedai gambar.. Janji ambil kol 8mlm 7:45 da sampai.. Nasib la dah siap, lau tak menunggu la jawabnyer..Perut rancak berdansa, mak aih, tau lapa rupenyer..  Sebelum balik, singgah la arena selera, port biase kitorang..

“Pasni bli burger nak? Takut nanti tengah malam lapa la..”

Memang sejak akhir2 ni kuat tol die ni makan..  Mengalahkan aku, tapi ironinyer, ngan aku skali kne makan.. Alamatnyer gemuk la.. Ok la tu.. Pas oder pe patut, aku request nak tgok pic yang die cuci tu, hmm... There something yang tak gemar plak yang aku nampak, tapi nak wat cane, memang hak orang.. Aku just diam, simpan balik setiap keping dalam sampul.. Mood yang sikit terganggu tadi bertukar ceria balik.. Sebabnyer? Malam tu bru aku tau die ni allergic kucing.. Menjerit melompat atas kerusi, automatik aku jugak jadi PA nak halau kucing lapar tu.. Adoyai..

                Selesai dah makan, sebelum balik singgah lak beli burger, mmg niat nak beli bnde alah tu, tapi last minute lak tukar sapu benjo.. Lantak la, janji masuk perut masing2 kenyang.. Waktu dah agak lewat, dah tiba mase tuk bergerak pulang ke destinasi asal.. Hmm.. Berakhir lah ceritera tuk hari tu.. Ntah bile lagi waktu kan tiba tuk luang mase lagi..

 “To this person, I Miss U.. Dah tadek bnde dah nak ckap, Cuma mampu luah pe yang terlimpah lam ati.. Even u’re belongs to someone else..”

Tuesday, January 18, 2011

Limpahan Rasa Di Taman Larangan

Biar aku kisarkan satu ceritera, walaupun sinis isi kandungnya, anggaplah sekadar luahan tuk aku jelaskan.. Seorang gadis, manis rupanya, riang wataknya, pemalu terkadang penakut.. Tambah lagi lemah semangatnye.. Aku tau mesti korang tertanya-tanya kenape aku bagitau semua ni.. Mungkin sebab ni lah aku mula tertarik, mula nak rapat, nak kenal, n sebolehnya nak miliki...

Tanggal Julai 2009, bermula perwatakan seorang mahasiswa di sebuah IPTA tempatan.. Sebenarnya mase tu aku tak lah single, n even tak singgle adelah gelora peribadi mase tu, time tu lah aku ternampak si dia.. Sebenarnya bukan lah sejak hari pertama mendaftar, tapi dah berselang minggu demi minggu & maybe dah berbulan kot.. Seperti mane2 mahasiswa Universiti, setiap anggota nya wajib sertai Briged Siswa, dan dari situ lah mula terpandang.. Sha (bukan nama sebenar) sorang yang kecik molek orangnye, riang, n mulut kadang2 tak reti nak berenti..

Aku ingat lagi nak dijadikan cerita time kem Briged aku satu team ngan die, Night Walk aktiviti malam tu, aku lah ketua leadernye, mengorak langkah masuk meredah hutan, mengetuai kumpulan seramai 12orang tak silap aku.. Salah sorang tu si Sha lah.. Berbekalkan 2lampu picit, & masing2 mengusung barang2 yang diarahkan.. Sepanjang meredah hutan semak samun, die follow blakang aku, kadang2 tu nak pecah perut aku gelak, kadang risau kadang kesian lah jugak..

Mane tak nye ngan muke yang kecut risau, berpimpin tangan ngan member sesame jantina nye, sambil usung barang2.. Tapi yang aku nak cerita tu lah first time aku jumpe die, even tak lah berborak, tak lah bertegur or bersenda.. Mase limit, maklum pulak tugasan Night Walk perlu ditamatkan dan diselesaikan secepat mungkin.. Kem selama 3 hari 2 malam berakhir.. N sejak hari tu mmg susah la aku nak nampak si Sha tu..

Macam biasa aktiviti hujung minggu hangout ngan memeber sekolej kediaman, port biase la kat area Kuantan ni, mane lagi lau bukan Teluk Chempedak.. Nak dijadikan cerita, terserempaklah si Sha ni kat situ.. Yup die ngan member die, n ngan sorang dak laki.. Yang pasti satu universiti gak la.. Its ok, maybe pakwe die.. Aku just trimalah hakikat, telan jelah even mate ni dah terpaut.. Aku ngan member juz continue our activity la.. Melepak, amik angin sebelum balik..

Sejak dari tu, aku juz endah tak endah si Sha even kadang2 teringat jugak, konfius knape lak aku teringat kat die.. Tapi tak bermakne lupa status diri ni.. Macam aku ckap, taklah single tapi bergelora.. Prob awek aku ngan aku malas aku nak citer dah, so at the end, we broke up.. Sakit jiwe sengsare ke ape, korang leh bace pe yang dah aku story kat Cherry Terra Chentaque tu..

Aku tau seme makhluk bumi knal FaceBook, rangkaian internet yang makin cangggih tu.. Start ngan benda alah tu lah kami start connecting antare satu same len.. N makin lame makin rancak, sekepala.. Yelah, kate orang sekepala tu pada awal die kan, jauh lagi jarak nak dituju.. Tapi itu lah kitorang, dari rancak, jadi rapat, n sampailah hati lak yang terpaut.. Aku pon ntahla, terburu-buru or tak sabar-sabar, luah rase kat die.. Die pun dah terus trang seme, die dah berpunya.. Ya aku tau, tapi aku juz meluah rasa.. Kalau korang pon bile dah terpaut rase, lemas nak korang pendam, paling tak mesti terluah jugak..

Ok aku trima seadanya pe yang dah dicerita, pe yang dah terluah, & kitorang juz teruskan sebagai teman rapat, mungkin paling tepat teman amat2 rapat.. Boleh kate every free time aku kua ngan die, bek mkn malam, hujung mggu, or whatever  free time lah.. Aku tau korang mungkin fikir something bad sal kitorang, yelah aku kua ngan awek orang.. Ntah la, no comment, tu hak sendiri nak menilai.. Pada satu semester tu kitorang kene wat satu project, even in different class n course, tapi project yang perlu dijalankan tu same..

Die request tuk wat sesame, so aku tolong, n aku wat same2 ngan die, even terpakse ulang alik jauh2.. Ye la kan, tgh mabuk, pe pun sanggup buat bile da mula rase sayang.. Tak nafikan aku plak cam tergila bayang, tepuk sebelah tangan.. Tapi pe yang nak aku tekankan sal diri aku.. Yup aku sayang die, dah gile angau.. N aku tau sorang laki takkan sesusah payah camni lau diorang tak de feel pada someone tu.. Pecah lah tembelang lelaki hari ni.. So gurlz, fikir2kan..

Waktu makin suntuk, sedang project lak banyak percent lagi tak setlle.. Time tu mmg tertekan, kejar itu kejar ini.. Bukan lah aku nak burukkan si Sha, mungkin sebab die kuat merungut, sampaikan kadang2 wat aku fikir cam dipergunakan.. Sorry Sha.. Tapi ape pun seme tu tuhan je yang tahu.. Aku tak mampu nak wat tuduhan melulu.. Dari situ bermula la selisih paham, leh kate gaduh jugak, n tak lame coz akhirnya kedua-dua belah pihak berlembut jugak..

Finally keje yang bertungkus lumus berbulan-bulan settle ngan keputusan yang tak lah memberangsangkan.. Segala kusut yang ditanggung tu berakhir bersame ngan final exam semester.. Cuti semester tak lame lagi bermula, so kitorang gunakan mase yang ade tuk luang mase, hangout, wanyang, window shopping n sebagainye yang termampu.. Cuti bermula, so yang mampu sekadar call, msg, chatting.. Rindu jangan ckaplah, tambah lak bile dah die balik sane evry time busy..

Aku pujuk ati sendiri, yup die busy ngan family yang lame di tinggal, member yang lame tak jumpe, n maybe its da time die ngan BF die.. Cemburu, tak nafikan, kadang terlintasa nak rampas.. Kenape? Sebab awek aku pon orang kebas nape aku tak leh wat keje kebas-mengebas? Korang rase aku fikir tak panjang kan? Tak nafikan, tapi bile korang dalam situasi, korang pon maybe tertekan n nak balas balik even balasan tu korang lakukan secare rawak n membabi buta.. Sebab? Penat, bengang, kadang marah, mental pun ade..

Sepanjang kami berhubung, aku selalu gak luah feel aku, kadang tu berharap die leh terima, kadang harapan aku tu tinggi melangit, tanpa sedar aku gali kubur sendiri.. Waktu tu semua dah aku tak peduli, bagi aku tak cukup ke susah payah aku dah bukti selame ni.. Bunyi nyer tamak, penting diri, mendesak, tak ikhlas.. Susah.. Susah nak jelaskan pe yang terbuku, pe yang kite pendam, pe yang kite harap, sampaikan kite menyampaikan dengan cara yang serong dipandang pihak lain.. Aku juz mampu serahkan pada tuhan, sebab Dia lah yang maha segalanya..

Namun hakikatnye.. Harus ditelan bahawa hati ini dah pun terpaut..

Thursday, January 13, 2011

Kau Putera Puterinya

Saat kau dilahirkan, kau didukung dengan penuh belaian, penuh lembut oleh jasad yang kasar.. Jasad yang kasar inilah yang melaungkan, membisikkan kau kalimah suci ke cuping telingamu.. Diusap dahimu yang lembut itu dengan selembut yang termampu, dengan limphan kasih dan kesyukuran kepada Illahi.. Dialah bapa mu, dialah ayah mu, dialah dady mu.. Walau apapun panggilan, dialah sebahagian darah dagingmu yang menyayangimu dalam keserlahan sikap yang sederhana, tegas, bertanggungjawab..

                Saban tahun kau makin dewasa, dari berbaring tangis kehausan susu, hinggalah merangkak, akhirnya berjalan.. Keperluan mu dibekalkan, kesihatan mu dipikul dibahunya, perkembangan minda, sahsiah, kerohanian mu harapannya.. Pernahkah kau fikir, pernahkah kau kenang, pernahkah kau hitung? Segala kerenah mu, perilaku mu, dihadapnya dengan sabar, demi menjadi contoh teladan pada mu, agar besar dewasa nanti, kau kan berevolusi menjadi insan yang berpendirian, berketerampilan seperti yang diangankan nya..

                Bertahun berlalu, kini kau melangkah kealam pendidikan, siapa yang menanggungmu? Membekalkan segala kehendak mahupun keperluanmu? Bapa mu.. Mungkin tiada masa dia menemani mu ke sekolah diawal kemasukkan mu, sedarlah keadaan kerja mungkin memaksa keadaan begitu.. Namun yakinlah, dalam hatinya tak lekang merindumu, dalam mindanya tak jemu memikirkanmu, hingga gelisah, kerja tak menentu.. Mungkin kau tak sedari, saat luangnya dia menghubungi ibu mu, bertanyakan tentangmu, hingga berpuas hati, hingga reda kerisauan, kebimbangan, agar kerja terlaksana dengan baik, demi mencari sesuap nasi untuknya, dan ketahuilah selebihnya adalah untuk perbelanjaan mu..

                Tiap bulan, gaji yang diperoleh disimpan dalam akaun, yang dia bukakan untukmu tanpa pengetahuanmu.. Sedikit untuk belanjanya, selebihnya untuk keluarganya, yang terpenting adalah dirimu.. Usiamu meningkat dewasa, tahap pengajianmu makin meniggi, kos tampungan kian meningkat.. “Belajarlah kau bersungguh-sungguh” Ucapan terluah dari mulutnya, bukan menghitung segala yang dibelanjakan untukmu, bukan mengukur kadar berbaloi pelaburan buat mu, tapi dia memikirkan masa depan mu saat dia tiada lagi di muka bumi..

                “Ayah, boleh tak belikan sebuah motor? Boleh tak belikan kereta?” Dia hanya mampu menarik nafas panjang, bukan mengeluh.. Tapi pernah kau terfikir? Telah dia belanjakan wangnya membeli tanah, membeli rumah untuk kesenaganmu kelak? Sehinggakan kehendaknya, keinginan belanjanya dia korbankan untukmu.. Dalam kekusutan, mengatur belanja, berusaha menyimpan simpanan untuk hajatmu, hingga terpaksa berhutang untuk kehendakmu.. Namun kau sering merungut, tak sabar menunggu masa keinginanmu tertunai, sedang dia berhempas pulas untuk merialisasikannya..

             Kini kau dewasa, hajatmu sampai untuk berumah tangga, Andai kau anak lelakinya, akan dia timbang calon buatmu, mencari memilih yang benar-benar sesuai untukmu, kerana dia lebih mengenali mu seumur hidupmu.. Disamping gemuruh, adakah kau mampu harungi perjalanan mencabar ini.. Besar tanggungjawab yang bakal kau pikul suatu hari kelak..

Andai kau anak perempuan nya.. Setelah lama ditimang, kau bagaikan puteri hatinya, lagi berat hatinya tuk lepaskan mu, walau hakikat kau telah sampai masa tuk berjauhan dengannya.. Sedang kau memberontak, sedarlah hatinya terhiris..  Bukan senang sorang bapa untuk melepaskan puteri hatinya, apatah lagi bila kau sudah berumah tangga, kau bukan lagi miliknya, tapi milik suami mu.. Sedang seumur hidupmu dia tatang bagai minyak yang penuh, kini tiba masanya tuk menyerahkan separuh hatinya pada jejaka pilihan mu?

Sedarlah, seorang bapa besar tanggungjawabnya, benar dia jarang menunjukkan kasih sayangnya, tapi sedarlah, anak-anaknya adalah hati dan nyawanya.. Di hanya mahukan yang terbaik untuk kalian semua.. Didikan perwatakannya tegas, semata-mata untuk kau menjadi insan yang tabah, punya pendirian, agar kau nanti menjadi insan yang berguna..

Bila kau sudah berkeluarga nanti, tinggallah dia kesunyian, mengharungi hari tuanya, tiap saat tiap detik merindu teringatkanmu.. Ingatlah bapa, ayah, dady mu.. Sementara dia masih ada, masih mampu merindu, menatap, dan memanggilmu.. Kerana saat kau berjauhan dengannya, sebak hatinya, mengalir setitik jernihan dari matanya.. Adakah masih kau tak mengerti kasihnya sayang kerinduannya?

Saat umur senjanya mergenangmu, hatinya hanya mampu menyandar harapan, agar jenazahnya dimandikan mu, disembahyangkan mu, diusung olehmu, dan pusaranya diziarahi mu, putera puteri hatinya yang dia kasihi sepenuh hatinya.. Itulah dia Ayahmu…