BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 13, 2011

Kau Putera Puterinya

Saat kau dilahirkan, kau didukung dengan penuh belaian, penuh lembut oleh jasad yang kasar.. Jasad yang kasar inilah yang melaungkan, membisikkan kau kalimah suci ke cuping telingamu.. Diusap dahimu yang lembut itu dengan selembut yang termampu, dengan limphan kasih dan kesyukuran kepada Illahi.. Dialah bapa mu, dialah ayah mu, dialah dady mu.. Walau apapun panggilan, dialah sebahagian darah dagingmu yang menyayangimu dalam keserlahan sikap yang sederhana, tegas, bertanggungjawab..

                Saban tahun kau makin dewasa, dari berbaring tangis kehausan susu, hinggalah merangkak, akhirnya berjalan.. Keperluan mu dibekalkan, kesihatan mu dipikul dibahunya, perkembangan minda, sahsiah, kerohanian mu harapannya.. Pernahkah kau fikir, pernahkah kau kenang, pernahkah kau hitung? Segala kerenah mu, perilaku mu, dihadapnya dengan sabar, demi menjadi contoh teladan pada mu, agar besar dewasa nanti, kau kan berevolusi menjadi insan yang berpendirian, berketerampilan seperti yang diangankan nya..

                Bertahun berlalu, kini kau melangkah kealam pendidikan, siapa yang menanggungmu? Membekalkan segala kehendak mahupun keperluanmu? Bapa mu.. Mungkin tiada masa dia menemani mu ke sekolah diawal kemasukkan mu, sedarlah keadaan kerja mungkin memaksa keadaan begitu.. Namun yakinlah, dalam hatinya tak lekang merindumu, dalam mindanya tak jemu memikirkanmu, hingga gelisah, kerja tak menentu.. Mungkin kau tak sedari, saat luangnya dia menghubungi ibu mu, bertanyakan tentangmu, hingga berpuas hati, hingga reda kerisauan, kebimbangan, agar kerja terlaksana dengan baik, demi mencari sesuap nasi untuknya, dan ketahuilah selebihnya adalah untuk perbelanjaan mu..

                Tiap bulan, gaji yang diperoleh disimpan dalam akaun, yang dia bukakan untukmu tanpa pengetahuanmu.. Sedikit untuk belanjanya, selebihnya untuk keluarganya, yang terpenting adalah dirimu.. Usiamu meningkat dewasa, tahap pengajianmu makin meniggi, kos tampungan kian meningkat.. “Belajarlah kau bersungguh-sungguh” Ucapan terluah dari mulutnya, bukan menghitung segala yang dibelanjakan untukmu, bukan mengukur kadar berbaloi pelaburan buat mu, tapi dia memikirkan masa depan mu saat dia tiada lagi di muka bumi..

                “Ayah, boleh tak belikan sebuah motor? Boleh tak belikan kereta?” Dia hanya mampu menarik nafas panjang, bukan mengeluh.. Tapi pernah kau terfikir? Telah dia belanjakan wangnya membeli tanah, membeli rumah untuk kesenaganmu kelak? Sehinggakan kehendaknya, keinginan belanjanya dia korbankan untukmu.. Dalam kekusutan, mengatur belanja, berusaha menyimpan simpanan untuk hajatmu, hingga terpaksa berhutang untuk kehendakmu.. Namun kau sering merungut, tak sabar menunggu masa keinginanmu tertunai, sedang dia berhempas pulas untuk merialisasikannya..

             Kini kau dewasa, hajatmu sampai untuk berumah tangga, Andai kau anak lelakinya, akan dia timbang calon buatmu, mencari memilih yang benar-benar sesuai untukmu, kerana dia lebih mengenali mu seumur hidupmu.. Disamping gemuruh, adakah kau mampu harungi perjalanan mencabar ini.. Besar tanggungjawab yang bakal kau pikul suatu hari kelak..

Andai kau anak perempuan nya.. Setelah lama ditimang, kau bagaikan puteri hatinya, lagi berat hatinya tuk lepaskan mu, walau hakikat kau telah sampai masa tuk berjauhan dengannya.. Sedang kau memberontak, sedarlah hatinya terhiris..  Bukan senang sorang bapa untuk melepaskan puteri hatinya, apatah lagi bila kau sudah berumah tangga, kau bukan lagi miliknya, tapi milik suami mu.. Sedang seumur hidupmu dia tatang bagai minyak yang penuh, kini tiba masanya tuk menyerahkan separuh hatinya pada jejaka pilihan mu?

Sedarlah, seorang bapa besar tanggungjawabnya, benar dia jarang menunjukkan kasih sayangnya, tapi sedarlah, anak-anaknya adalah hati dan nyawanya.. Di hanya mahukan yang terbaik untuk kalian semua.. Didikan perwatakannya tegas, semata-mata untuk kau menjadi insan yang tabah, punya pendirian, agar kau nanti menjadi insan yang berguna..

Bila kau sudah berkeluarga nanti, tinggallah dia kesunyian, mengharungi hari tuanya, tiap saat tiap detik merindu teringatkanmu.. Ingatlah bapa, ayah, dady mu.. Sementara dia masih ada, masih mampu merindu, menatap, dan memanggilmu.. Kerana saat kau berjauhan dengannya, sebak hatinya, mengalir setitik jernihan dari matanya.. Adakah masih kau tak mengerti kasihnya sayang kerinduannya?

Saat umur senjanya mergenangmu, hatinya hanya mampu menyandar harapan, agar jenazahnya dimandikan mu, disembahyangkan mu, diusung olehmu, dan pusaranya diziarahi mu, putera puteri hatinya yang dia kasihi sepenuh hatinya.. Itulah dia Ayahmu…

0 comments: