
Bagaimana mampu nak kusampaikan, sedang dalam kepala, bercampur aduk berbagai perkara, tambahan rasa hati yang seringkali merindu, dan seringkali tertanya, apakah kau jua punya rasa, sama seperti yang sedang ku tanggung sewaktu mata tak bertamu..
Sayang, izinkan aku bertanya, pernahkah kau hitung, pernahkah kau ingat, pernah kah kau fahami, pernahkah kau rasai, tiap kata2, tiap ucapan rasa yang seringkali ku luahkan buatmu, mulut yang tak pernah jemu bertutur erti rasa sekeping hati.. Aku sedar kedudukan mu, dan aku jua sedar kedudukan ku, menumpang di suatu sudut yang mungkin sukar tuk kucapai walau secebis rasa darimu..
Di sudut inilah, duduk berdirinya aku, melaung segenap sedalam rasa hati sendiri, aku sayang, aku merindukanmu.. Sayang, laungan sekadar halusan suara dek kejauhan, samar2 kedengaran di cuping hatimu.. Sering kali kau bicara, aku bagai terpaksa, bagai tidak mampu menerima, situasi, keadaan,pendirian serta sikapmu.. Sedarlah, aku telahpun menerima, mungkin niat untuk ku perbetulkan, kutegur tingkah mu, kau salah ertikan, sedang aku hanya mahukan yang terbaik buatmu..
Sedarkah kau, ku hanya ingin tingkatkan semangat mu, usaha mu, agar kau tidak mudah mengalah, berundur sebelum tiba waktunya.. Aku cuba jadikan kau tabah, agar nanti kau kan sabar, gagah untuk hadapi apapun keputusan, dan keadaan, kerana aku tak selamaya disisi, menenangkan, mengingatkan, apatah lagi menemani..
Sayang.. Aku tak mahu lihat kau cuma berserah, terima sahaja apa nasibmu.. Apa yang ku mahu, kau bangkitlah, bertemankan semangat, bersenjatakan daya usahamu, kau raihlah apa yang selama ini kau impikan.. Kerana, aku mahu kau peroleh yang terbaik dalam hidupmu, dan kau berpuas hati akan segala yang kau perolehi, agar nanti takkan kau kesali..

Tapi rasa hati, bagai membebankan mu.. Bagai kehadiran ini makin memberi kau tekanan.. Apalah yang termampu aku lakukan, sedang hati membuak perasaan.. Sayang, kau maafkanlah andai kehadiran ini menyukarkan perjalananmu, aku hanya memuja sekuntum bunga, merindu haruman wangiannya.. Sukar tuk ku buat keputusan, berat tuk ku tinggalkan, apatah lagi nak ku lepaskan..
Ya Tuhan.. Perlukah aku melangkah pergi, memamah hati sendiri, membiarkan rasa hati, berkubur di sini.. Sayang, sedarlah apa yang terluah, apapun yang telah aku lakukan, bukanlah rekaan, bukanlah pembohongan tuk ku ambil kesempatan.. Tapi.. Itulah isi sekeping hati yang selama ini aku bawa sehingga ke hari ini.. Hati yang telah terpahat nama mu sayang..
0 comments:
Post a Comment