BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 18, 2011

Tinggal Mu Dengan Benci.. Pergi Mu Dengan Kasih Ter-Qielan


“ Apsal ko ni Zul.. Menung jauh je.. Ape lak masalah ko kali ni?” Tegur Badrul.. Membuatkan aku tersentak sebenak.. Aku hanya membalas seraya rasa yang kembali berkabung dalam hati.. “Zul.. Oit..! Macam ayam berak kapur dah aku tengok ko ni.. Pahal? Balas si Badrul lagi.. Lantas dia melabuhkan diri sebelah aku sambil menghisap Rokok Canyon yang baru dinyalakan..

“Ni ha..” Sambil menunjukkan tex msg yang baru diterima.. Tiada lain dari ex yang dulunya pernah aku puja bagai nak mati.. “Udah2 la Zul, ko jugak ckap dulu, lepas pe yang dah die buat kat ko, ko dah nek nyampah benci gile dah kat die an?” Lantas digelengnya kepala dengan hidung yang menghambur kepulan asap.. Betul memang dulu aku sakit hati sangat.. Sayang yang disemai, harapkan tumbuh berbunga, tapi belum sempat bercambah dah diracun benihnya..

Setelah 2 tahun berlalu, baru kini msg dihantar.. “Dah pe yang dia nak?” tanya Barul yang mula rancak sifat inquiry nye.. “Tanya khabar, mintak maaf.. Bad, dah 2 thun Bad, skang baru tergerak ati nak mintak maaf? Slame ni pe yang aku rase ade die kesah?  #$%#^&@..!!!”

“Entah la.. terpulang pada ko.. Yang menanggung rase tu ko.. Aku nak ckap lebih pon idak la reti, ko kan tau PlayBoy cam aku ni mane reti nak toching2 ni.. Pasang ramai je yang aku thu.. Dah lame ke die msg ko?”

“Dah dekat seminggu pon..”

“Gini lah.. hal peribadi ko, ko nilai la cne yang terbaik..” Jawab si Badrul.. 

Bila difikirkan balik ape yang Bad cakapkan tu, buat aku pertimbangkan sesuatu.. Jauh dalam sudut hati aku, memang aku sayangkan die.. Mia, gadis kecik molek, periang orangnya.. Walaupun dah 2 tahun berlalu, gelagat die masih lagi terbanyang kat mata aku.. Telinga ni still terngiang-ngiang dengan gelak tawa, suara die.. Hati jangan cakap lah, kalau dah mata ngan telinga pon dah tak betol camtu..

Walaupun msg die aku reply nak tak nak, die still jugak try bukak point tuk merancakkan msg kitorang.. Aku bukan lah nak jual mahal, tapi still tak dapat trima pe yang dah die buat 2 thun yang dulu.. Aku Cuma nakkan penjelasan, bukan ungkapan maaf yang terpapar dalam screen handset atau yang bergema kat earphone mobile aku ni.. Tapi yang aku trima juz ucap sesalan, mintak maaf..

“Hope that u can forgive me.. Coz i dunt now how long i can survive here, hope it’s not to late to have ur forgiveness..” sekeping lagi pesanan aku dapat dari die.. Makin sakit hati bila baca text camtu.. Ape tadak modal len ke? Nak aku maafkan skalipun, face-on lah.. Byak bnde yang terbuku yang aku tak puas hati, yang aku nak tanya.. Bukan senang2 je nak forgiveness cmtu je.. Bentak hati aku makin membuak-buak, kadang terasa diri ni juz tuk kene game je..

Hari terus berlalu, dah boleh kata saban hari memang aku bertemankan msg yang dihantar Mia.. Mungkin sebab aku masih punya rasa, hati ni mula berlembut.. Tapi taklah bermakna aku bagi muka sangat kat die.. Juz msg biasa2 je.. Sering kali jugak die caring sal aku.. Selalu tanya khabar, makan minum aku, kat mana aku.. Dan kadang2 tolak ansur die jelas jauh skali berbeza dengan dulu.. Kadang aku terfikir, ade kemungkinan ke die nak balik semula cam dulu?

Perasaan mula berputik balik.. Aku kalah dengan ego aku sendiri, sampailah satu ketika aku meluahkan harapan untuk kali yang ke 2.. “Maafkan Mia, buat masa ni Mia nak fokus pada study.. Soal tu biarlah kemudian je.. Lagipon Mia banyak nak kejar.. Zul pun mesti nak atur hidup Zul jugak kan? Soal jodoh tu, kalau dah takdir kita bersama takkan lari kemana..” Sekali lagi aku dihampakan.. Benar apa yang Mia cakapkan, tapi dia lupa, dialah segala semangat untuk aku sampai ke tahap yang aku capai skang ni..

Aku Cuma terdiam, sedang fikiran bercelaru memikirkan macam2..  “Apa motif Mia datang balik? Apa motif Mia caring ngan Zul, selalu amik tahu pasal Zul.. Seolah cam kite tak penah putus.. Zul nak tanya Mia, Mia still ada feel ngan Zul?”  desak aku pada Mia.. Sekadar nak tahu, apa dasar sebenar layanan die pada aku selama ni..

“Zul, tentang perasaan tu kita ketepikan jela ok.. Mia Cuma nak baik dengan semua orang.. Mia tahu selama ni Mia banyak buat salah pada Zul.. Anggaplah layanan Mia ni tanda Mia ikhlas mintak maaf dari Zul sementara Mia still ada kat sini..” Tak tertahan dah rasanya.. Hati ni bagai nak meletup.. Apa dia ingat dengan cara permainkan rasa hati aku ni cara betul nak mintak maaf? “Mia, bukan camni ok..” Layanan die bagi aku umpama nak menangi, nak tawan balik hati aku.. Tapi rupanya...?

“Mia, Zul boleh maafkan Mia, tapi Zul nak tahu sebab kenapa Mia tinggal Zul ngan tergantung camtu je dulu..? Apa Mia ingat Zul kat sini foya-foya ke? Pasang lain? Mia layan Zul camni, tambat hati Zul balik, juz skadar nak mintak maaf? Mia, perasaan bukan permainan cara nak dapatkan maaf lepas 2 tahun Mia hilang tanpa ambil tahu Zul ni camne.. Sudahnya Mia couple len Mia ingat Zul tak tahu?”

Memang terkilan sangat, dan rasa benci mula membuak dalam hati aku.. tak sampai sesaat hati yang dulunya kembali lembut jadi keras macam besi.. Berkarat dengan permainan rasa.. “Zul.. Maafkan Mia.. Mia tak tahu lagi dah camne nak mintak maaf ngan Zul..”

“Bukan semudah tu Mia.. Cukuplah permainan semua ni.. Salam..!!” Butang sending aku tekan dengan rasa yang tak mampu nak aku gambarkan.. Tak lama kemudian terdengar deringan hanset.. Aku capai, tertera pada screen “Mia Calling”.. Aku biarkan handset dalam almari, lantas keluar tuk tenangkan rasa..

Sebulan telah berlalu, sejak dari kejadian hari tu, sekeping pesanan pun aku tak terima dari Mia.. Tenang gelora rasa, tapi tak nafikan kadang2 aku rindu sangat2 kat die.. Tapi setelah apa yang die buat, makin menebalkan ego aku.. Untuk redakan kerinduan aku pada Mia, aku banyakkan aktiviti dan masa aku dengan member2 aku.. Sampailah satu pagi, handset aku berdering lagi.. Ika, teman rapat si Mia dan juga merupakan adik angkat aku, telefon..

“Ika..? Pahal lak call aku pagi2 ni.. Sebelum ni tak penah call, jauh skali nak call sejak aku ngan Mia clash..” Aku biarkan, namun deringan kerap kali berbunyi, memaksa aku tuk jawab panggilan dari Ika..

“Salam, Zul.. Ko kat ne? Nape susah sangat nak angkat phone..?”

“Wkmslm.. Ye Ika, pehal pagi2 call ni? Aku kat rumah la..”

“Zul, aku ada pekara penting nak bagitau ko, sebenarnya ni amanah Mia pada aku..”

Ape bende merepek si Ika ni.. Sebenarnya sejak aku putus ngan Mia, Ika tak penah call & msg aku lagi dah.. Yela, die kan member rapat Mia, mesti memihak pada Mia.. So aku pon malas lah nak amik port dah.. Orang dah tak suka, biarlah.. Aku pun malas nak menambah serabut kepala aku..

“Ape bende ko merepek pagi2 ni.. Amanah ape lak ni, sebelum ni tak penah lak ko call aku.. Mimpi ape ko kali ni?” jawab aku ngan nada menyindir..

“Zul.. Maafkan aku, ni amanah arwah pada aku”.. Arwah? Dah makin merepek.. Gila apa si Ika ni.. “Zul.. Mia dah takde.. Mia dah kembali ke rahmatullah awal subuh tadi.. Maafkan aku Zul sebab baru skarang maklumkan pada ko..”

Ya Allah.. Aku terkedu, nafas aku bagai tersekat, nada aku pulak bisu.. Hampir gila bila aku mendengar apa yang Ika sampaikan.. Lantas aku melutut, tanpa sedar jernihan air menitis dari kelopak mata sendiri.. Sedang handset masih lagi aku genggam erat..

“Zul.. Sabar ok.. Bawak mengucap Zul.. Redhalah apa yang dah ditentukan tuhan..” sambung Ika..

“Knapa skarang Ika..?” Jawabku terketar-ketar menahan sebak yang menghempas seluruh rasa hati..

“Maafkan aku Zul.. Bukan niat aku nak sembunyikan hal sebenar.. Tahun lepas Mia masuk wad, die disahkan hidap barah jantung.. Aku memang nak bagitahu, tapi Mia menangis, merayu tak nak aku bagitahu ko.. Aku sendiri pun serba salah sangat2 Zul..”

“Ika..! Kenapa ko wat aku camni Ika.. Ko tahu kan dalam mana aku sayangkan Mia...!!” ronta aku menahan rasa sebak yang kian membakar seluruh rasa yang aku kandung selama ni..

“Zul.. Plz.. Aku sendiri tanggung beban.. Aku pon tak sampai hati.. Tapi aku dah bersumpah dengan Mia..  Zul.. Aku harap ko dapat hadir majlis pengebumian Mia lepas solat Asar nanti kat rumah parent die..”

Lantas aku matikan panggilan phone dari Ika.. Sebak rasa tak mampu ku tampung lagi.. Aku meraung sekuat hati, melepaskan segala rasa ego, kebodohan, dan keras hati yang aku pertahankan selama ni.. Badrul dan rakan2 lain bergegas meluru masuk ke kamar aku..

“Zul..! Pesal ko ni?”

“Bad..... Mia Bad... Mia dah takde..” jawab ku..

“Knape ngan Mia?” Tanya Bad lagi..

“Mia dah meninggal Bad.. Mia dah pergi Bad...!” Genangan air mata bercucuran, dah tak mampu lagi aku menahan rasa yang kian melemaskan seluruh sisa2 semangat yang aku bawa selama tanpa kehadiran Mia..

“Zul.. Mengucap Zul... Bawak bersabar Zul... Redhalah apa yang dah Allah tentukan...” Bad cuba menenangakan aku, dipeluknya erat tubuh aku yang kian lemah, menggigil menahan sejuta rasa yang makin menghancurkan segalanya yang aku pertahan dan perjuangkan..

Aku, Bad dan rakan2 yang lain bergerak bersama-sama menuju ke kediaman keluarga Mia di Baling.. Perjalanan dari Kuala Lumpur bagaikan tidak terasa.. Bahana jiwa yang luluh yang masih tak mampu menerima kenyataan dan ketentuan yang telah ditetapkan.. Kami tiba di kediaman keluarga Mia tepat jam 5 petang.. Dari dalam kereta dapat aku lihat jenazah Mia diusung keluar dari rumah..

Aku meluru, mencapai usungan keranda Mia, bersebelahan ayahandanya.. Air mata tak pernah jemu mengalir, menitis bagaikan saksi betapa luluhnya hati yang menyanyangi jasad yang diusung.. Aku menaiki van jenazah bersama ayahandanya menuju ke tanah perkuburan, sedang Bad dan yang lain menyusur dari belakang..

Tiba di tanah perkuburan, segalanya makin meragut pangkal rasa.. Tak termampu tuk diluah rasa yang ditangggung bila tanah gambut merah aku kambus ke dalam ruang persemadian Mia.. Selesai majlis pengebumian, bacaan talkin, Ika meluru ke arahku.. 

“Zul bersabarlah.. Sejak ko berpisah ngan Mia, dalam hatinya tak pernah ada lelaki lain, bagi die, ko lah yang terbaik pernah hadir dalam hati die.. Benar dulu die ade yang lain, tapi hati Mia tak pernah singgah tuk orang lain.. Mia mintak maaf sangat dengan ko dari hujung rambut ke hujung kaki.. Die betul2 menyesal sebab tinggalkan ko dulu.. Bukan die sengaja buat keputusan tu, tapi die rasakan yang ko cam dah tak pedulikan dia..” Jelas Ika pada aku..

“Aku tak pernah abaikan die, aku tak pernah lupakan die.. Mungkin sebab aku sibuk, mungkin sebab jarak antara kami, penyebab die ambil keputusan kurang bijak..” Jawab ku pada ika..

“Zul.. Satu lagi aku nak ko tahu, time ko mintak balik semula ngan Mia, bukan die sengaja tolak, tapi die taknak ko terlampau sayangkan die, dan bila tiba masa die pergi, ko makin menanggung derita..”

“Ika.. Selama ni pun aku dah cukup derita, kalaulah kami bersama, aku tak mungkin tanggung beban yang besar camni.. Aku redha..” Sambil langkah ku atur ke pusara insan yang aku sayang dan aku rindu sepenuh hati aku..

Ika menghampiri ku.. “Maafkan aku Zul..” Aku melutut menghadap pusara Mia, sedang Ika melangkah menuju ke arah Badrul, ayahanda, bonda Mia dan rakan2 yang lain.. Aku merenung sayu pusara yang masih merah dan gembur tanahnya.. Lantas fikiranku teringat akan msg2 yang pernah dihantar Mia pada aku dahulu..

[“Hope that u can forgive me.. Coz i dunt now how long i can survive here, hope it’s not to late to have ur forgiveness..”]

[“Maafkan Mia, buat masa ni Mia nak fokus pada study.. Soal tu biarlah kemudian je.. Lagipon Mia banyak nak kejar.. Zul pun msti nak atur hidup Zul jugak kan? Soal jodoh tu, kalau dah takdir kita bersama takkan lari kemana..”]

[“Zul, tentang perasaan tu kita ketepikan jela ok.. Mia Cuma nak baik dengan semua orang.. Mia tahu selama ni Mia banyak buat salah pada Zul.. Anggaplah layanan Mia ni tanda Mia ikhlas mintak maaf dari Zul sementara Mia still ada kat sini..”]

[Zul.. Maafkan Mia.. Mia tak tahu lagi dah camne nak mintak maaf ngan Zul..” ]

Kesayuan hati yang ditanggung sejak awal pagi tadi, sampai kemuncaknya.. Airmata aku titiskan disisi pusara Mia, sebagai tanda kehadiran insan yang sekian lama merinduinya.. Perlahan-lahan mulut yang pernah mengucap sayang rindu pada Mia melafaz kata yang sama buat kali yang terakhir..

“Mia... Zul sayangkan Mia.. Terlalu rindukan Mia.. Andai ini ketentuan Illahi untuk kita, Zul redha, Zul terima dengan hati yang terbuka.. Zul dah lama maafkan Mia.. Sayang... Bersemadilah dengan tenang, moga roh mu dicucuri rahmat-Nya.. Innalillah Hiwainnalillahi Rojiun.. Assalamualaikum sayangku... Mia..”

Tanpa disedari, ayahanda dan bondanya berada disisi.. “Sudahlah nak, Redhalah pemergian Mia.. Terimalah apa yang telah ditetapkan..” Ucap ayahandanya pada ku.. Lantas aku diiring  melangkah pergi dari pusara Mia.. Tiba di pintu pagar perkarangan tanah perkuburan, aku menoleh sayu kebelakang, menatap dari kejauhan pusara Mia..

Terlalu sayu, luluh seluruh jiwaku.. Dalam sebak kesayuan yang tak mampu lagi ku tanggung, buat kali terakhirnya aku alunkan.. “Selamat Tinggal Sayangku Mia.. Moga Kau Bersemadi Dengan Tenang.. Sayangku..” Begitu berat langkah ku atur meninggalkan Mia buat selama-lamanya..

“Mia.. Dulu kau tinggalkan daku bersama rasa benci.. Namun mengapa kini... Kau pergi.. Tinggalkan aku bersama kasih yang terkilan.. Moga kau tahu, betapa hatiku... Hanya untukmu..”

Monday, April 25, 2011

Warkah Basilisk Boo-What Are-Dek2 Que

Seperti biasa, rutin kelapangan ku bersama adik beradik yang lain, meskipun tiada pertalian darah, berlainan ibu dan bapa, namun hakikat yang nyata, kalian lah adik beradik aku.. Melainkan sorang, sememangnya yang kandung, yang sama pertaliannya.. Adik kandung aku la kan, sape lagi.. Uqi..

Kem Vigil kelana B berlangsung, tanggal 22-24 April 2011, Anak Air menjadi saksi serta lokasi kami brotherhood berkelana di bumi sendiri.. Walaupun kawasannya tak lah dikatakan memberahikan, tapi perlaksanaan tetap berjalan seperti biasa.. Namun ada beberapa kekalutan yang beralaku, yang aku sendiri akui kekurangan, ketegangan antara kami.. PERSEFAHAMAN..

Maaf buat kalian semua, Brotherhood yang aku kasihi.. Sesungguhnya kalianlah adik2 aku yang tanpa kalian sedar, aku amat sayangkan korang semua.. Bukan aku nak buat statement aku gay.. Bukan, tapi itulah hakikat.. Kalianlah tempat segala keseronokkan, segala kegembiraan, segala kedamaian.. Siapa lagi kalau bukan kalangan anda Basilisk Rovers sekalian..

Aku sedar, ada perselisihan, sering aku dengar, sering kalian keluhkan.. Aku sedar, aku pendatang baru di sini.. Di Bahtera Kelana kalian.. Tapi apa yang aku inginkan adalah penyatuan, rasa hormat menghormati antara kalian semua.. Aku bukan sempurna segala, tapi aku punya impian tuk lihat kalian bersama seiring BROTHERHOOD yang diagungkan selama ini..

Malam aku ditabal, dibawah pohon dipersimpangan Lorong Anak Air.. Aku terkedu, lidahku kelu.. Adakah layak jawatan ini buatku? Disebalik rasa hati, serba salah kepada adik kandung sendiri.. Seringkali terdengar ucap kata, bagaikan itulah keinginan nya, tuk memegang jawatan yang baru kini kusandang.. Maafkan aku, Uqi..

Uqi, Predad, Dorey, Geduk, Meer, Daus, Ciepot.. Bukan sengaja aku sebutkan nama kalian di laman ini, tapi tiada lain kerana ingin aku luahkan segunung rasa yang sukar tuk aku terjemahkan.. Bagi aku, kalianlah segalanya, perintis, dan lampu yang menyuluh laluan Basilisk selama ini.. Terlalu tinggi harapan aku sandarkan pada kalian.. Tulus dari hati, aku cuma mahu kalian bersama, berkongsi hilai tawa, senda, dan tangis dipersada dunia..

Kalianlah peneraju Basilisk, kalian lah penggerak Basilisk.. Malam 25 April 2011.. Berat keputusan yang perlu ku ambil.. Perlu ku putuskan.. Maaf pada kalian, andai apa yang aku lakukan kalian rasakan tidak sepatutnya berlaku.. Tak mampu nak aku luahkan rasa, keresahan yang aku tanggung bila tatap wajah masing2.. Apa yang aku putuskan adalah untuk kebaikan kalian.. Untuk pecahkan segala bekung, segala ketidak kepuasan yang wujud.. Semata-mata untuk kukuhkan simpulan ikatan Pengakap antara kalian..

Aku tak menyatakan siapa salah siapa betul, aku tak ingin jadi talam dua muka, bukan aku nak pergunakan kuasa, dan bukan aku gila kuasa.. Perlukah aku tunduk berizin tuk satukan kalian, perlukah? Segalanya aku aturkan, kerana semuanya punya kelebihan, punya kekurangan.. Kenapa perlu persoalkan, kenapa perlu kalian pendamkan.. Luahkan, bicarakan, selesaikan.. Pecayalah, inilah jalan untuk kalian adik beradik tenang, bersatu.. Ingat.. Bukan senang tuk kita mencari teman yang seperti tersedia skarang..

Aku disini hadir berkongsi asam garam kehidupan yang aku lalui, benar aku tak kenal kalian, benar aku baru, benar kalian masing-masing lebih dalam jalan cerita yang dilalui.. tapi aku hanya membantu dalam haluan, yang utama keharmonian hubungan antara kalian.. Bergelak tawalah, bersendalah, menangislah, bersedihlah kalian bersama-sama..

Aku di sini tak ingin menegur sesiapa, tak ingin menyalahkan sesiapa, tak ingin menjatuhkan sesiapa.. Kalian adik-adik kesayangan ku.. Kalianlah yang terbaik buat ku.. Cuma ku mohon renungkan, adakah ingin kalian bawa kenangan manis bila menjelang usia senja, ataupun mendukung kekecewaan rasa hingga hujung nyawa..
Mungkin sekarang kalian takkan merasai, sedar.. Tapi akan tiba waktunya kalian akan merasainya jua.. 

Kepada Abg Pejal (9W2APR).. Disini aku ingin memohon kemaafan, bukan pertemuan kami pada malam kejadian adalah menjauhkan dari Abg Pejal.. Bukan mengetepikan hubungan kami dengan Abg Pejal, tapi tidak mahu membebankan Abg Pejal.. Saya selaku wakil dari adik-adik, mohon ribuan maaf dari Abg Pejal.. Pecayalah Abg Pejal, apa yang berlaku ikhlas untuk kukuhkan hubungan antara kita BROTHERHOOD.. Maafkan kami BB a.k.a Abg Pejal a.k.a APR..

Pada adik-adik yang aku kasihi, andai apa yang dilakukan menyimpang rasa antara kalian, aku dahulukan jutaan kemaafan, sekali lagi aku maklumkan, ini semua adalah untuk kalian.. Andai kalian rasakan apa yang berlaku memalukan, menjatuhkan air muka setiap dari kalian, maafkan aku selaku abg yang bodoh fikiran, sempit akalnya.. Apa yang berlaku, bukan menyenangkan aku, tapi makin membuatkan aku berfikir, adakah ini penyelesaiannya.. Maaf andai langkahku menghancurkan segalanya.. Aku sedia tuk undur diri andai itu dirasakan perlu.. Cuma satu ko mohon, bersatulah kalian, ampun maaf atas segala kesilapan, kekurangan, kebebalan otak aku..

 "Lihatlah maraknya api Camp Fire dinyalakan susunan rapat longgokkan kayu, begitulah yang kuinginkan.. Hubungan rapat antara kalian, memarakkan persaudaraan Brotherhood antara kalian"

Salam Brotherhood buat kalian Basilisk Rovers.. Salam Pengakap..

Tuesday, April 19, 2011

Roda Haqie-qie Hati Nur-ranny

“Janganlah terlalu kau MENYAYANGI sesuatu itu berlebih-lebihan, Kelak itulah yang bakal menjadi KEBENCIANmu suatu masa nanti..
Janganlah terlalu kau MEMBENCI sesuatu itu berlebih lebihan, Kelak itulah yang bakal menjadi KESAYANGANmu suatu masa nanti..”

Aku percaya, seringkali “UNGKAPAN” ini hadir ke cuping telinga setiap insan.. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali sering kita dengari.. Namun pernahkah kalian bertanya, kalian bertingkah, dan berfikir sejenak, apakah sebenarnya yang terselindung, berselimut, bersembunyi disebalik ungkapan keramat tersebut..
Renungkanlah, sebenarnya ia hadir dan wujud dalam setiap warna kehidupan manusia.. Kita kenal apa erti pancaroba, namun seringkali buta akan asal dasar kewujudannya.. Tiada yang lain, ia adalah HATI NURANI  insan itu sendiri.. Kitalah yang mencorak suasana, kitalah yang melakar detik-detik perjalanan masa kita sendiri..

Sebalik HATI NURANI  itu, terhubung satu laluan yang bergelar PERASAAN.. Inilah asas yang tanpa kita sedar, selama ini mewarnai corak kehidupan kita selama hayat yang dikandung.. Apa yang ingin aku kongsikan adalah PERASAAN, tak lain yang akar umbinya adalah KASIH dan BENCI.. Apa yang ingin aku khabarkan, kisarkan, mengenai perjalanan hidupku.. Sebagaimana tertera telah aku wawancara sejenak tadi, dasarnya adalah HATI NURANI, yang terkandung KASIH dan BENCI..

Dahulu pernah aku mengenali, seorang gadis, cantik parasnya, riang gelagatnya, tinggi impiannya.. Kenalan bermula sekadar berpandangan, namun keeratan menongkah rasa.. Dari seorang adik, yang berlainan keluarga, berlainan asal rahim, berlainan pertalian darahnya, berganjak kepada lembaran KASIH.. Begitu indah lukisan hidup kami, setiap masa diluangkan bersama, bersama-sama mewarnai kisah, dalam adukkan warna yang harmoni.. Setiap perkara, tiap perjalanan, masing-masing mengambil tahu, masing-masing berkongsi layar dalam haluan meredah gelora lautan..

Begitulah boleh aku ibaratkan, betapa indahnya rasa, indahnya suasana, yang akhirnya memintal kukuh tali ikatan sehinggakan KASIH tiada persempadanan.. Namun aku lupa akan pepatah lama, “Hidup Ini Bagaikah Roda”.. Walaupun terlalu dalam KASIH antara kami, jarak menjadi punca desakan NURANI.. Serba sedikit memamah perasangka HATI.. Kian lama ianya kian runtuh, bagaikan kayu yang dimamah anai-anai.. Tanpa disedari, masa telah merubah segala rasa, KASIH kini bertukar BENCI..

Duhai puteri pujaan hati, begitu aku setia disini menanti, mengapa kau biarkan prasangka membawa mu pergi.. Sedarkah disini aku menanti, mengemis menagih warna KASIH yang dulu kita kongsikan bersama.. Masa terus berlalu, sedang aku masih terdampar menanti akan sesuatu yang kian pudar kepastiannya.. KASIHnya kini berubah BENCI, angkara dimamah perasangka HATI.. Hidupku bagai terbuang, sedang puteri pujaan dibawa pergi.. Itulah corak suasana yang dibawanya, itulah titip perjalanan yang kami lakarkan.. Dalam tanpa sedar, membenam rasa HATI sendiri..

Perjalanan masa terus  berlalu, tanpa wujud istilah berhenti, dan aku terus mencari diri sendiri.. KASIH yang dulu makin layu, sebaliknya kian mekar rasa dendam yang berbunga perasaan BENCI.. HATI memberontak tatkala KASIH tidak lagi dipeduli..

Namun..........
Sampai bila? Sampai bila harus ku layani rawan yang memakan HATI sendiri? Hampir 2 tAhun telah berlalu, Tapak jejak KASIH yang lama kian samar, namun masih terasa disebalik BENCI yang mekar disini..

Kini................
Puteri pujaan telah kembali, mengalun khabar sehalus hembusan bayu.. Disusul bersama tiupan ungkapan MAAF.. Cukupkah? Dengan apa yang aku tempuhi? Berbaloikah? Dengan masa dan rasa yang selama masa aku selami? HATI memberontak, melaung menggongcang selautan ketidak kepuasan rasa..

KASIH..........
Aku mahukan penjelasan, aku mahukan  jawapan.. Bukan aku sekejam insan mahu terus memBENCImu.. Kerana sebaliknya masih terkesan akan kisah KASIHmu.. Kini kau sedar salah silap laku mu.. Tapi adakah berbaloi dengan waktu yang telah kau korbankan? Adakah berbaloi dengan apa yang telah kau palingkan diwaktu dahulu? Aku bersandar, dalam kemerahan mata menakung jernihan air, aku menahan parut dulu yang mula berdarah kembali.. Pada saat yang sama, aku lemas dalam HATI NURANIku sendiri, dipukul ombak KASIH dan BENCI terhadapmu..

Kini kau seakan mengambil berat akan jasad yang dulunya menampung HATImu, keterlanjuran sapaan mu mengundang tanda persoalan dalam minda ku.. Membuatkan aku terpinga, tertanya-tanya.. Apakah BENCImu dahulu telah bertukar KASIH yang pernah berbunga suatu ketika dulu? Kerana kini dapat kurasakan KASIHku mula memamah BENCIku.. Walau telah kembali lahir keinginan dihati, biarlah aku bekukan dahulu, kerana masih aku memikirkan “UNGKAPAN” itu...


Begitulah taulan, sukar untuk dinyatakan, sukar untuk digambarkan.. Benarlah “Hidup Ini Ibarat Roda”, dan “UNGKAPAN’ itu jua adalah sebahagian dari titian kehidupan ini.. HATI NURANI, PERASAAN, KASIH, BENCI, adalah elemen kehidupan.. Tiada yang mampu lari, menyimpang jauh mengelak dari hakiki alam duniawi.. Kita adalah insan, berpada-padalah, renungkanlah, pilihlah haluan, pertimbangkanlah.. Perlukah ditanggung SENGSARA yang menggunung angkara BAHAGIA yang mendalam makna.. Kitalah yang mencorak segalanya, mewarnai lukisan hidup sendiri, dan melakar perjalanan kisah sendiri.. Yang menentukannya, adalah YANG MAHA ESA..

Masihkah aku punya RUANG dan WAKTU...

Thursday, February 24, 2011

Kenali Pemujamu..


Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  
Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  
Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  
Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  
Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  
Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu,matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
  
 Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

 Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
  
Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  
Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

 Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’
  
Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  
Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.
  
Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
  
Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Wednesday, February 23, 2011

Jangan Disalah Erti SIkap & Rasa Ini

Mengimbau kembali bermula kisah, di mana pandangan mata mula terpaku pada seorang bergelar wanita.. Benar lembut perwatakan, seiring dengan keperawanannya.. Halus pekerti, tingkah laku serta tutur katanya.. Pada awalnya pandangan sekadar melihat hiasan alam, yang nyata dialah hiasan yang diciptakan di dunia.. Namun lama kelamaan timbul keinginan, meluah sapaan setelah kerap kali bersua, yang hanya kekal berteman pandangan mata..

Ibarat roda yang berputar, begitulah beralihnya waktu, hari saban hari berlalu bersama setekad rasa untuk mula menyapa.. Aku terdiam, di suatu sudut mengatur buah pemikiran.. Bagaimana langkah perlu ku atur, perlu ku ambil sebagai gerak mula? Walhal tiada langsung rasa terpaut pada mulanya,namun perasaan bagai ku tak mampu mengerti.. Mengapa harus wujud, lahir rasa segan, hinggakan tiap kali bersua, berselisih, mulut seringkali gagal berbicara, pandangan gagal ku pertahan pada wajahnya..

Dengan peredaran zaman serba moden, kelengkapan perhubungan yang tiada sempadan, aku mengatur gerak, sekadar menyapa dalam talian.. Asalnya segan, tapi bersama saki baki kekuatan aku pertahankan langkah yang sudah ku atur.. Perbualan berteraskan cetakan huruf, dari asalnya sedikit kaku mulai rancak, namun rancak hanya dalam medium maya, realiti masih belum hilang rasa yang bernama “SEGAN“..

Pernah jua dilontar persoalan padaku, mengapa aku bagai punya 2 perwatakan, rancak sekadar di talian maya, jauh berbeda pada realitinya.. Usahkan tegur, pandangan juga sering beralih arah.. Sering jua dia merasakan diri ini tiada kesudian untuk benar2 menganali satu sama lain..

Maaf, maaf ku pohon andai perwatakan ini seringkalu meragukanmu,  bukanlah hilang kesudian ku buatmu.. Setiap apa yang berlaku punya penjelasan yang adakalanya tak termampu ku luah dalam bicara kata.. Benar pada perhatian mu aku seringkali memaling muka dari mu, sedangkan saat tiada sedarmu, aku seringkali perhatikanmu.. Benar jauh sekali ku tegur, mengalun suara pada mu bila bersua, apalah daya aku terlalu kaku, diselami rasa segan dan malu, rendah rasa diri.. Kerna bagiku, kau terlalu utuh pekerti, terlalu ku sanjung budimu..

Dalam segan inilah, dengan pekertimu lah, hati mula terdetik satu rasa, rasa yang tiadalah asing lagi, rasa yang juga bakal memperjudikan segala pelusuk hati.. Dan rasa inilah makin menghanyutkan aku dalam lautan keseganan terhadapmu.. Sengaja ku selindung, sengaja aku biarkan kerana aku mengerti, siapa aku, siapa dirimu, tahap dan kedudukan, pemikiran, dan mungkin rasa jua jauh bebeza.. Tambahan kau bukanlah sekuntum haruman yang mekar di laman terbuka..

Rasa yang timbul, kian becambah hinggakan tak mampu nak ku kawal, terpaksa aku jauhkan, terpaksa aku beralih sementara.. Namun langkah yang diambil bukanlah mengundang kebaikan, malah kian kau rasa aku hanya mempermainkan.. Biarlah ku jelaskan sekadar mampu, bukan ku benci, bukan ku tak sudi.. Bukan ku jemu dan bukan ku tak ingin menyapamu.. Namun dalam hati ini terkandung rasa, harapan setinggi petala.. Aku hanya mampu menahan membendung hingga kian menjeruk di dasar hati.. Memang ingin ku relisasikan talian maya pada realiti, namun masa terlalu mencemburui..

Kenang kembali tutur kata yang terlah terluah, kenang kembali masa yang telah kita lalui, cuba kau selidiki.. Mohon kau perhati.. Bukan ku mahu menyusun teka teki, bukan ku atur ungkitan, bukan ku sengaja mengalas alasan..

Mungkan tiba masa kau kan mengerti, apa yang terkandung, apa yang igin ku sampaikan.. Sejuta maaf, kuhamparkan bersama sepuluh jemari..  Sedarlah, disini hanya mampu ku puja dari kejauhan.. Mohon kau jangan lagi salah erti, mohon kau jangan pernah membenci..

Sunday, February 6, 2011

Selingkar Khabar

  Syukur ke hadrat Illahi, kerna dengan limpahan nikmat kurnia-Nya selama ni aku telahpun siapkan beberapa nukilan tahap jiwang nak mampos ni.. Sebenarnya tertubuhnya Wacana Perasaan ni semata tuk aku lepaskan rasa, yang dah sekian lama terbuku.. Why? sebab tak ramai yang sudi, nak dengar luahan dari mulut aku, tak semua yang ade mase, tak ramai yang sggup dengar.. Even aku sendiri pon mmg camtu.. Bukanlah dalam ni aku nak layan jiwang karat, cuma melepaskan rasa yang aku nak buang walaupun still lagi terkesan lam ati..

  Mungkin ade yang tertanya, knape? ape kepuasan yang aku dapat? Soal kepuasan adalah hak masing2, tak semua orang sama cara perwatakan serta tingkah laku.. Dan ni lah die care aku.. Bukan nak cari nama, piblisiti murahan, kutuk sesape.. Dan blog ni pun bukan tuk aku paparkan umum.. Cuma pada yang tertentu, atau yang tak sengaja jumpe tu almaklum tuhan jela yang tahu..

  Sekian lama aku berilusi, berpuisi, meluah nukilan.. Kadang2 buat aku terfikir, bagai perasaan aku belum sampai tahap matang dalam berperasaan.. Kadang2 rasa bodoh, rugi, sia-sia.. Sebab aku rasekan diri aku yang melebih, berdasarkan apa yang MEREKA kate.. Dan kadang2 terase, apa betul aku kebudak-budakkan.. Atau MEREKA juz pergunakan tuk kepentingan, atas segala pengorbanan, keihklasan yang aku hadiahkan..

  CherryTerra ChentaQue.. Itulah yang terhasil dari ape yang tersimpan terkandung.. Macam yang aku katekan, aku coretkan tuk meluah.. Tapi sampai skang pon masih tak berkurang rase perit yang tertanggung.. Kenangan sepanjang 2thun lebih, bertukar memori silam cuma dalam masa yang singkat.. Aku pon tak tau nape sampai skang aku still tak mampu nak lupe.. Sedangkan pihak sane senang lupe, heppy.. Ok la wish u heppy 4 eva.. Ntah la aku pon sbnarnyer not in mood sgt skang.. nak melakar pon aku kaku, jiwa pun dah beku.. Hilang mod pujangga sekejap..

 Sampai tahap ni jer yang mampu nak aku khabarkan.. InsyaAllah, andai hati ni teguh ngan prinsip Pujangga, jari ni kan terus menari berkarya.. Pada yang sudi meluang masa, melayari hasil nukilan jemari.. Mungkin bukan buat masa skarang, sebab sukar nak coretkan cerita rekaan dari yang sebenar sepertimana CherryTerra ChentaQue..

  Salam buat semua.. Thanks a LOT..

Tuesday, February 1, 2011

Haq Sanubarry Que

Bila bicarakan tentang hak, kadang sukar nak diperjelaskan.. Kali ini bukan aku bicarakan hak seraya makna, tapi hak pada hati dan jiwa manusia.. Aku yakin, benar hampir meliputi segala genap setiap pelusuk dunia, setiapnya punya hak yang terutuh kukuh pada hati.. Hak yang aku sebut2kan inilah yang dinamakan pasangan hidup.. 

Dalam dunia yang fana, keadaan penuh pancaroba, walaupun kan tiba senja akhir zamannya, wawancara hak berpasang-pasangan takkan pudar selamanya, sehinggalah tiba waktu, yang mana insan tiada lagi ikatan perhubungan sesamanya, sebaliknya ikatan HAMBA pada TUHANNYA..

Apa yang ingin aku kongsikan bersama, apa yang ingin aku sampaikn, ceritera kisah hak dan nasib sendiri.. Mungkin sekadar sepintas bicara, maaf pohonan ku andai cetek kefahaman kalian.. Siapalah aku ini, tiadalah lembut jemari menghasil nukilan seni, tiadalah tenang hati tuk kalian memahami, hanya mampu bicara, sekaku kata, sekeras ceritera rasa..

Tercipta manusia, kaum Adam dan Hawa, untuk berpasang2an.. Inilah ungkapan, bukan sekadar ungkapan, tapi hakikat yang perlu ditelan, yang mana aku jua yakin benar, setiap dari kalian, pernah mendengarinya, pernah terbacanya, jua pernah  merasainya.. Begitu jua aku, dulunya bergelar Sang Pujangga, kian lama kembara mencari cintanya..

Kisah bermula, indah seri  taman berteman haruman bunganya.. 2008 Bermulalah waktu, aku bersama Putri Kecil, yang aku sayang selimpah rasa hati.. Seringkali kami bersama, meluang masa, jalani aktivi bersama.. Setiap masa diselimuti rasa gembira, riang girang.. Tak nafikan sehingga saat ini, riang tawanya masih lagi terngiang, gelagat lincah keriangan masih lagi terbayang, walau hakikat, segala hak yang tersimpan, kini dirampas orang.. 

Aku bersandar, sejenak aku titi kembali setiap detik masa, yang ku luang, yang aku habiskan bersama, sikecil manis, Putri yang aku rindui.. Apa silapku, manakah salah ku, hinggakan janji yang dulunya kami patri bersama, ikatan yang dulunya disimpul mati, lenyap dibawa pergi jauh dari pandangan sekeping hati, yang selama ini ku kandung dalam dada sehingga ke hari ini..

Hakikatnya, dialah Sang Putri kecil, kini disamping jejaka pilihannya..

Hakikatnya, dialah Sang Putri, yang dulunya menghiasi rasa hati, yang kini sunyi dibuai sepi..

Hakikatnya, dialah Sang Putri, yang melenyapkan janji, memutuskan simpulan mati..

Hakikatnya, dialah Sang Putri, yang nyata kian jauh meninggalkan pergi..

Hakikatnya, dialah Sang Putri, yang meninggalkan kesan parut di hati ini..

Dialah Sang Putri, yang dulunya adalah hak hati dan jiwa ini.. Segala waktu, masa dan detik yang aku titi, nyata bukanlah silap yang aku temui, tapi sebaliknya aku yang terlalu menyayangi, menjaga, merindu, hinggakan aku bagai berkubur disini.. Selama kami bersama, tak pernah kami bertengkar, Sang Putri Kecil amat menghormati aku, hinggakan segala gerak geri diberitahu, setiap perkara ditanya pendapatku.. Nyata diri terasa amat dihargai, terasa diri ini wujud buat nya, penting padanya..

Namun bila berjauhan, bunga dihidu kumbang yang merantau.. Segala bermula, aku makin tak dihiraukan, tak difahami, tiada lagi dihormati.. Walau aku masih megambil berat, masih bertanyakan, masih berhubung..... Rasa sayang dan rindu, hilang bagai tiada makna.. Aku kembali terkapai, terbuai dihanyutkan rasa hati.. Sayu, gelisah, bercampur bergelumang segala rasa, yang pastinya, aku tidak lagi dalam ketenteraman..

Sang Putri Kecil, yang dulu ku tatang bagai minyak yang penuh, kini pergi meninggalkan segalnya.. Bukan sekadar jauh dari pandangan, tapi jua jauh dari hati yang menuntut hak yang selama ini diperjuang bersama.. Mampukah kalian rasa, mampukah kalian fahami, derita rasa yang aku tanggung.. Setelah sekian lama ku jaga, aku tampung dalam hari sendiri, pertaruhkan segalanya, berkorban itu ini, hanya demi membuktikan kesungguhan serta keikhlasan rasa hati pada Sang Putri.. Yang nyata, kau pergi wahai Putri Kecil ku..

Bertahun aku teruskan sisa rasa hati, tempuhi perjalanan dalam sepi, bertopeng senyuman, beraksi riang.. Melindungi rontaan hati dan jiwa yang masih merintih hak yang dirampas darinya.. Puas ku pujuk, puas aku tabahkan.. Namun tiadalah daya yang termampu..

Perjalanan tetap aku teruskan, disuatu persimpangan terpana mata yang masih berair kemerahan, seorang gadis, hampir sama parasnya dengan Sang Putri, kecil molek, riang juga lincah perwatakan.. Walaupun aku sedar, dia bukanlah Sang Putriku, namun sedikit sebanyak merawat luka yang terpendam.. Lirikan mata, senyuman kian lama kian memukau.. Hati yang dulunya merintih kini bangkit kembali, tanpa aku sedari berpaut pada si gadis..

Hari berselang waktu, bulan mentari silih berganti.. Rasa kian melimpah, memaksa mulut untuk ku luah.. Hati yang berpaut terguris lagi.. Bunga yang mengharum bukan terbiar, sebaliknya mekar di laman orang.. Ku undur selangkah, membataskan diri, kupujuk rasa hati.. Namun apalah daya, hati yang menagih hak kian memberontak, memaksa diri untuk memiliki.. Perlahan lahan aku cuba untuk memenangi, namun sehingga kini aku sendiri gagal tuk memasti situasi..

Dari kejauhan, hanya mampu ku perhati, dan dari sini jualah hati ini cuma mampu merindui.. Segala yang tersembunyi tiada lagi aku selindungi, segalanya telah aku pertaruhkan, telah aku tunjukkan.. Semata-mata nak aku buktikan bahawa rasa hati ini ikhlas dan benar menyayangi.. Namun dia bukan lah hak bagi jiwa dan hati ku.. Tapi hak bagi hati dan jiwa jejaka lain.. Hati aku terusan meronta, bicara bersama jiwa merampas hati yang dipuja..

Dalam kesayuan sebak rasa, aku hanya mampu berpesan “Wahai kau Sang Hati Sang Jiwa, aku jua mengerti rasamu.. Aku pun turut menginginkannya, tapi adakah kita kan puas, adakah kita kan gembira, andai hatinya kita miliki, tapi jiwanya pada yang lain.. Lepaskanlah, bebaskanlah.. Biarlah aku temankan sunyi kalilan, tangis kalian, & derita kalian.. Wahai kau Sang Hati, Kau Sang Jiwa, temanilah aku hingga tiba ajal ku.. Kerna kini bagiku, kalian hak seumur hidupku.. Takkan ada yang merampasnya hingga akhir nafas nadiku..”

Kini Aku, Sang Jiwa, bersama Sang Hati.. Mengatur langkah, merentas bahang kesunyian, menahan dahaga keinginan berteman.. 

Sunday, January 30, 2011

Warkah Selautan Rasa

Salam.. Maaf andai ku curi waktu dari mu, sekadar berharap kesudian kau meluang masa pada coretan hina ini.. Terlalu banyak untuk aku luahkan, sampaikan sukar nak ku atur dan paparkan untuk tatapanmu.. Mungkin bagi mu, akulah si keras kepala, yang tak pernah boleh dibawak bebincang, yang tahu sekadar menurut rasa hati sendiri, yang sekadar melayan amarah sendiri..

Bagaimana mampu nak kusampaikan, sedang dalam kepala, bercampur aduk berbagai perkara, tambahan rasa hati yang seringkali merindu, dan seringkali tertanya, apakah kau jua punya rasa, sama seperti yang sedang ku tanggung sewaktu mata tak bertamu..

Sayang, izinkan aku bertanya, pernahkah kau hitung, pernahkah kau ingat, pernah kah kau fahami, pernahkah kau rasai, tiap kata2, tiap ucapan rasa yang seringkali ku luahkan buatmu, mulut yang tak pernah jemu bertutur erti rasa sekeping hati..  Aku sedar kedudukan mu, dan aku jua sedar kedudukan ku, menumpang di suatu sudut yang mungkin sukar tuk kucapai walau secebis rasa darimu..

Di sudut inilah, duduk berdirinya aku, melaung segenap sedalam rasa hati sendiri, aku sayang, aku merindukanmu.. Sayang, laungan sekadar halusan suara dek kejauhan, samar2 kedengaran di cuping hatimu.. Sering kali kau bicara, aku bagai terpaksa, bagai tidak mampu menerima, situasi, keadaan,pendirian serta sikapmu.. Sedarlah, aku telahpun menerima, mungkin niat untuk ku perbetulkan, kutegur tingkah mu,  kau salah ertikan, sedang aku hanya mahukan yang terbaik buatmu..

Sedarkah kau, ku hanya ingin tingkatkan semangat mu, usaha mu, agar kau tidak mudah mengalah, berundur sebelum tiba waktunya.. Aku cuba jadikan kau tabah, agar nanti kau kan sabar, gagah untuk hadapi apapun keputusan, dan keadaan, kerana aku tak selamaya disisi, menenangkan, mengingatkan, apatah lagi menemani..

Sayang.. Aku tak mahu lihat kau cuma berserah, terima sahaja apa nasibmu.. Apa yang ku mahu, kau bangkitlah, bertemankan semangat, bersenjatakan daya usahamu, kau raihlah apa yang selama ini kau impikan.. Kerana, aku mahu kau peroleh yang terbaik dalam hidupmu, dan kau berpuas hati akan segala yang kau perolehi, agar nanti takkan kau kesali..

Mungkin bagimu aku sering memberontak, membela rajukan hati sendiri.. Sedangkan aku hanya dahagakan waktu bersamamu, mengubat setiap titis kerinduan yang melimpah dalam hati.. Sedarkah, betapa dalam rasa hati, yang ku pikul selama bersamamu.. Hinggakan tak mampu ku tahan rasa, andai sesaat tanpamu, inikan pula kau berjauhan dari ku..

Tapi rasa hati, bagai membebankan mu.. Bagai kehadiran ini makin memberi kau tekanan.. Apalah yang termampu aku lakukan, sedang hati membuak perasaan.. Sayang, kau maafkanlah andai kehadiran ini menyukarkan perjalananmu, aku hanya memuja sekuntum bunga, merindu haruman wangiannya.. Sukar tuk ku buat keputusan, berat tuk ku tinggalkan, apatah lagi nak ku lepaskan..

Ya Tuhan.. Perlukah aku melangkah pergi, memamah hati sendiri, membiarkan rasa hati, berkubur di sini.. Sayang, sedarlah apa yang terluah, apapun yang telah aku lakukan, bukanlah rekaan, bukanlah pembohongan tuk ku ambil kesempatan.. Tapi.. Itulah isi sekeping hati yang selama ini aku bawa sehingga ke hari ini.. Hati yang telah terpahat nama mu sayang..

Monday, January 24, 2011

Harapan Rasa Kuala

Bermula awal januari 2011, aku hadir kesini, tanah kuala yang gersang pada siangnya, dan malam dihiasi ribuan bintang, dicengkam kesejukan bahana bayu malam yang menghembus.. Langkah kuatur kususun bersama niat, hadirku disini agar memudahkan perjalanan, kerja , pendidikanku di lembah ini.. Namun sebaliknya tersembunyi suatu niat, agar ku hampir, agar ku lebih dekat, dengan seseorang yang bergelar wanita..

Si kecil, girang perilakunya, kadang pemalu wataknya, menyelindung sikap celoteh yang selama ini tersorok dari pandangan ku.. Pertemuan antara kami, bukan lah suatu yang dirancang, bukan suatu yang disengajakan, tapi aku percaya, takdir yang tentukan segalanya, walau dalam masa yang aku sindiri alpa, lalai tanpa secebis rasa menduga..

Ku mulakan maaf pada kalian yang membaca, bukan sepoyo hati ku alun rentak rasa jiwa, menjadi paparan cerita, namun sekadar mengiring rasa, mencerita suatu peristiwa, tentang sebuah rasa yang sukar ku ungkap, yang sukar ku jelaskan dengan kata2..  Julai 2009, pandangan ku dicuri seraut wajah, selembut senyuman, serancak tawa, sebuah jelingan.. Aku sedar semua bukan terhasil buat ku, namun soalnya hati tak mampu terduga...

Dari situ bermula ceritera, bercambah sebuah rasa, sedikit demi sedikit, bak tumbuh si pohonan  tanjung, dari pucuk, merebak akar, dahan kian membesar, menyokong rimbunan daunan hijau kesuburan, menantikan hadiran wangian dari cambahan bunga yang terlalu jarang musimnya.. Sengaja ku kias, kerana dalam maknanya, hanya kiasan semampu bicara, walau pendek tutur kata, namun padat menyeluruh isiannya..
Rasa yang bercambah, bertunjang dalam hati bagai ku pertaruh istana rasa.. Puteri disanjung dipuja, bukanlah  hak seraya.. Namun aku jua yang terlena, terbuai dek layanan mesra, bibit perwatakan menawan, membuat aku hanyut terpenjara dalam lembah rasa sendiri..

“Wahai kau sang puteri..
Benar aku memuja, benar aku pertaruh rasa
Apakah nanti suatu masa kan tiba
Angan ku berbuah rasa
Berharuman bunga”


Aku sedar, tidalah ku punya hak mengubah hati mu, memesong perasaanmu, Cuma harapan agar kau mengerti rasa jiwa, pertaruhan, kesanggupan, pengorbanan yang telah ku hamparkan buatmu.. Nyata kini ku buntu, diri bagai terpaku, tidak lagi aku termampu, menganjak mengubah haluan hidupku.. Yang pasti, ku kan terus menunggu, mungkin memanggil maut sendiri, atau membina taman impianku selama ini yag ku kembara mencari..

Saturday, January 22, 2011

Malam Terbuai Janji


                 Mata yang tertutup selama hampir 30minit tadi tiba-tiba terbuka, terkejut melihat jam yang dah cecah jam 5 ptg.. Mungkin sebab penat, maklum pagi tadi hadir kelas sampai ke tengah hari.. Balik je dah sambung keje wajib hujung miggu, mandikan kekasih hati.. Sape lagi kalau bukan moto yang satu tu, tu lah pangkal jantung hati yang bawak aku kesane kemari.. Asal bangun je macam biase lah, layan kepale yang mamai, termenung & hanyut sejenak..

                Tetiba teringat  janji semalam.. Patut nye malam ni luang mase ngan sorang tu, alang2 dah nak kua better aku balik trus ke rumah sewa.. Tuala hijau yang tersidai hujung katil aku sambar sepintas aku bangkit dari tempat beradu.. Langkah longlai ku atur ke kamar mandi.. Selesai bersiram, siap segala kelengkapan perjalanan, tetiba seloka dari dalam perut mula berirama.. Lapar pulak dah..

“Jom gi makan..”
“Aku mane la ade duit”
“Mai jelah, aku payung”

Bosan lak makan sesorang kat kedai tu, jemput la adik aku skali pi.. Sampai kat kedai je, masing2 memula wawancara mengoder.. Hampeh, lambat tol hidangan sampai, sedang perut masing2 dah rancak berpesta irama lapar.. Sambil menunggu, aku hantar secoret pesanan Sistem Menghabiskan Sen (SMS)

“Lepas maghrib la kite gerak..”

Memandangkan mase tu pun mmg dah agak lewat, dah jam 6 ptg.. Sekadar memaklum kat si dia je.. Tak lama hp aku berdering..

“Kite kua len kali jela ye, penat lah, org bru pas jogging.. Lgpun mlm ni nak study..”

Terkilan jugak la kan, dapat msg yang mungkin bagi korang bise kot, tapi dah janji, last minit lak cancle.. So pe boleh buat, terkilan ke ape ke.. Kepale yang terpengaruh ngan hati ni aku tenangkan, biarlah, lagipun die penat nak maintain badan, die pun nak study lg.. Aku tadek hak nak pakse.. Tapi hati ni tak reti bahase tol, teguh ngan rase terkilan lagi..

“OK juz cancle je.. Len kali je kua..”

Aku juz mampu jwab camtu je.. Selang beberape saat hidangan sampai.. Makan dah slow motion, tadi kemain lapar sampaikan perasaannye nak makan ngan pinggan2 skali.. Tapi hati nye pasal.. Hm....


                Dengan berbekal beg laptop, niat nak truskan perjalanan lepas makan terbatal serta merta, selesai urusan di kedai makan, kami 2 beradik balik semula ke rumah.. Azan maghrib berkumandang, sedang aku lak termenung depan pintu.. Hp yang aku parking atas meja berdering lagi, ingatkan si dia tukar plan, rupenyer housemate yang call.. Die ajak kua ke bandar, tanpa fikir panjang, rentak diorang aku follow jer..

Selepas isyak, perjalanan dimulakan dengan my bro, diorang pun dah tunggu dekat semambu, berenti makan katenye.. Lokasi bertempat di pantai Teluk Chempedak, biaselah malam minggu.. Dah lame aku tak menapak kat situ dan malam ni aku kembali menjejak kaki..Suasana hiruk pikuk walaupun jam dah hampir jam 12 malam.. Dengan kehadiran ahli bumi yang serba gaya, aksi, perilaku dan sebagainya..

Mata ni Cuma mampu menatap gelagat, muda mudi, kanak2, yang antaranya dari pelbagai golongan, bangsa & agama.. Sedang aku melangkah, ayunan kaki terpaku berhampiran dataran, Sekumpulan penghibur, berbekal gitar kapak, dan gendang rebana, berdansa menyanyikan lagu.. Walaupun diorang tak lah punya rupa paras yang komersial, tapi suara lunak beriringan dendangan dari tulang 4kerat diorang, tak aku nafikan mmg kalah artis mentor, akademi fantasia or sebagainya..

Sedang mereka berdansa menghibur pengunjung, di depan terhampar beg kosong mohon sembangan seringgit dua.. Namun kadang hati aku terdetik, kenapa tak je diorang buat recording, comfirm hasil lebih lumayan dari  jadi penghibur jalanan.. Tapi itulah dunia, cabaran yang ditanggung setiap orang, mungkin setiap kelompok itu sukar tuk dibaca dan difahami..


Aku, Black, Eteng, Faza, & Uqi akhirnya kami mematikan langkah di pesisiran, sambil duduk berehat, menghirup udara malam, menatap kedamaian malam, serta memerhati bot2 nelayan dari kejauhan.. Dari situ mata trus meliar, setiap rona lagak perilaku diperhati.. Namun perasaan tetap melayang, terbuai bersama deruan bayu malam pantai.. Sedang ingatan terpaku pada seseorang..

                Malam terus berlalu, sedang hati tak aku nafikan sedang merindu, walaupun terkilan, walaupun kini aku bersama rakan, walupun dikerumuni ramai orang, berbagai gelagat perwatakan, tapi tetap tak mengalih perhatian, tetap tak meluput kerinduan.. Susah bile hati dah tertawan, segala yang ditempuh bagai tak keruan, bila apa yang dihajatkan tak kesampaian..  Betul lah kate orang, bile dah gile bayang, seminit pun takkan mampu nak endahkan..


                Malam terus berlalu, kami berlima berangkat menyambung perjalanan.. Masing2 menuju destinasi.. Hiruk pikuk yang tadinya rancak kini lengang sepi..  Gaya, perwatakan dan perilaku muda mudi tiada lagi menghiasi.. Tinggallah Sang Pantai berteman Rembulan serta Deruan Ombak.. Bagai mengerti, yang aku ditinggal janji..

“Malam kian berakhir tatkala waktu silih berganti.. Yang pasti mentari pastikan muncul kembali berteman riuhan kicau burung dan unggas.. Sedang aku masih lagi terbuai dengan sebuah janji..”

Thursday, January 20, 2011

Hari Ini Dalam Kenangan

Aku labuhkan tubuh pada suatu sudut, fikiran ku biarkan beralun, melayang tanpa tujuan.. Tak tau knape, kat dalam ni rase tak berape tenang, tak berape nak happy.. Mood tetiba hilang, aduss.. Ni lah saat yang paling aku tak suka.. Kalau nak ikutkan, mohon ditarik segala rase dalam hati aku ni.. Tapi harapan sekadar sandaran semata-mata.. Mana lah mampu nak aku realisasikan..

Ntah kenape malam ni rase bosan, sunyi pun ade, blur pun ye jugak.. Lantas aku menoleh pada laptop ACER Aspire 4736Z yang tersedia atas meja lipat sebelah.. Game.. Counter Strike? Dotta? Tadak mood tol nak layan walhal tu fav game aku.. Ya Allah.. awat la camni.. Lengan kiri aku angkat, paparkan jam yang membalut pergelangan kiri aku.. Dah pukul 8:10 malam.. Mood yang melayang bagai tersentak, terpaku pada jam CASIO silver biru..

Ini lah jam yang disarungkan sejak semalam 19 Januari 2011, jam 6:32 petang.. Mase tu kat Indera Mahkota, jogging port at Taman Bandar.. Terkenang kisah bermula, asalnya bosan, memandangkan free time, tapi tadak aktiviti.. Pesanan ringkas dihantar pada nombor  tertera, “Jom kua jalan-jalan petang ni” pelawaan diterima.. Katenye nak pi cuci gambar, ok lah alang2 nak kua jejalan tak beban pon lau nak singgah cuci gambar.. Lepas asar, kitorang bertolak.. Lokasi tak terfikir lagi, sampai di suatu simpang haluan ke bandar utama dituju..

Sepanjang perjalanan masing2 tak banyak cakap, juz diam.. Tapi ade la keluhan mengantuk.. Maybe sebab perjalanan agak perlahan.. Destinasi pertama tiba, kedai gambar..

 “Pukul 8 malam kang baru siap”

aku senyum, mampu mengangguk.. Perjalanan diteruskan ke lokasi ke dua..

“So kite nak ke mane lak ni?”
“Jangan risau, tak bawak lari nyer.. Ikut je..”

                Destinasi dituju akhirnya tiba jugak, rimbunan pohon melingkari sebuah tasik buatan, pemandangan yang cukup tenang, bercampur kemeriahan orang ramai yang turut serta berpicnic, jogging, & ade yang sekadar berehat mengambil angin lepas penat seharian kat pejabat..

“Ade orang main golf la”

Huh? Golf? Bile mase pulak tampat ni ade padang golf? Rupenye ade sepasang yang tengah men Wood Ball kat padang sebelah.. Tergelak plak dengar die cakap orang men golf..

“Tu bukan golf la.. tu orang men wood Ball..”
“Nape tak cakap nak datang sini, lau tak leh bwak kasut, leh jogging..”

Walhal aku pon tak la budjet nak datang tempat ni, last minute decision.. Mane lah tau die kaki jog.. Tak ckap banyak, aku park then kitorang walking through around da jogging track.. Tak pernah lagi aku tengok gelagat bersungguh die kali ni.. Yup ade la keriangan, n mulut berpotpet potpet tanpa henti..  Dalam leka duk berjalan, singgah lah kami kat port senamrobik.. Yang gayut2 n imbang badan tu.. Die ke main lagi exited nak try.. Ikutkan ati tak lah aku nak bagi sgt memandangkan baju yang dipakai kurang sesuai tuk jalankan aktiviti cmtu.. Kitorang ubah port senam, kali ni ade 3 titian buatan, yang mane fungsi tuk latih imbangan badan.. Dan2 lak die wat game, record mase sape paling laju meniti pergi balik.. First mmg aku lah mangsenyer, pencapaian lebih kurang 18 saat lebih, then turn die lak.. 19 saat lebih, ok la..

                That time la jam yang aku pakai skang melekat kat pergelangan kiri aku.. Memandangkan hari pun dah senja, kami berangkat ke surau berdekatan, maklum waktu pun dah hampir Maghrib.. Selesai solat, hala tuju disambung ke kedai gambar.. Janji ambil kol 8mlm 7:45 da sampai.. Nasib la dah siap, lau tak menunggu la jawabnyer..Perut rancak berdansa, mak aih, tau lapa rupenyer..  Sebelum balik, singgah la arena selera, port biase kitorang..

“Pasni bli burger nak? Takut nanti tengah malam lapa la..”

Memang sejak akhir2 ni kuat tol die ni makan..  Mengalahkan aku, tapi ironinyer, ngan aku skali kne makan.. Alamatnyer gemuk la.. Ok la tu.. Pas oder pe patut, aku request nak tgok pic yang die cuci tu, hmm... There something yang tak gemar plak yang aku nampak, tapi nak wat cane, memang hak orang.. Aku just diam, simpan balik setiap keping dalam sampul.. Mood yang sikit terganggu tadi bertukar ceria balik.. Sebabnyer? Malam tu bru aku tau die ni allergic kucing.. Menjerit melompat atas kerusi, automatik aku jugak jadi PA nak halau kucing lapar tu.. Adoyai..

                Selesai dah makan, sebelum balik singgah lak beli burger, mmg niat nak beli bnde alah tu, tapi last minute lak tukar sapu benjo.. Lantak la, janji masuk perut masing2 kenyang.. Waktu dah agak lewat, dah tiba mase tuk bergerak pulang ke destinasi asal.. Hmm.. Berakhir lah ceritera tuk hari tu.. Ntah bile lagi waktu kan tiba tuk luang mase lagi..

 “To this person, I Miss U.. Dah tadek bnde dah nak ckap, Cuma mampu luah pe yang terlimpah lam ati.. Even u’re belongs to someone else..”