BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 19, 2011

Roda Haqie-qie Hati Nur-ranny

“Janganlah terlalu kau MENYAYANGI sesuatu itu berlebih-lebihan, Kelak itulah yang bakal menjadi KEBENCIANmu suatu masa nanti..
Janganlah terlalu kau MEMBENCI sesuatu itu berlebih lebihan, Kelak itulah yang bakal menjadi KESAYANGANmu suatu masa nanti..”

Aku percaya, seringkali “UNGKAPAN” ini hadir ke cuping telinga setiap insan.. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali sering kita dengari.. Namun pernahkah kalian bertanya, kalian bertingkah, dan berfikir sejenak, apakah sebenarnya yang terselindung, berselimut, bersembunyi disebalik ungkapan keramat tersebut..
Renungkanlah, sebenarnya ia hadir dan wujud dalam setiap warna kehidupan manusia.. Kita kenal apa erti pancaroba, namun seringkali buta akan asal dasar kewujudannya.. Tiada yang lain, ia adalah HATI NURANI  insan itu sendiri.. Kitalah yang mencorak suasana, kitalah yang melakar detik-detik perjalanan masa kita sendiri..

Sebalik HATI NURANI  itu, terhubung satu laluan yang bergelar PERASAAN.. Inilah asas yang tanpa kita sedar, selama ini mewarnai corak kehidupan kita selama hayat yang dikandung.. Apa yang ingin aku kongsikan adalah PERASAAN, tak lain yang akar umbinya adalah KASIH dan BENCI.. Apa yang ingin aku khabarkan, kisarkan, mengenai perjalanan hidupku.. Sebagaimana tertera telah aku wawancara sejenak tadi, dasarnya adalah HATI NURANI, yang terkandung KASIH dan BENCI..

Dahulu pernah aku mengenali, seorang gadis, cantik parasnya, riang gelagatnya, tinggi impiannya.. Kenalan bermula sekadar berpandangan, namun keeratan menongkah rasa.. Dari seorang adik, yang berlainan keluarga, berlainan asal rahim, berlainan pertalian darahnya, berganjak kepada lembaran KASIH.. Begitu indah lukisan hidup kami, setiap masa diluangkan bersama, bersama-sama mewarnai kisah, dalam adukkan warna yang harmoni.. Setiap perkara, tiap perjalanan, masing-masing mengambil tahu, masing-masing berkongsi layar dalam haluan meredah gelora lautan..

Begitulah boleh aku ibaratkan, betapa indahnya rasa, indahnya suasana, yang akhirnya memintal kukuh tali ikatan sehinggakan KASIH tiada persempadanan.. Namun aku lupa akan pepatah lama, “Hidup Ini Bagaikah Roda”.. Walaupun terlalu dalam KASIH antara kami, jarak menjadi punca desakan NURANI.. Serba sedikit memamah perasangka HATI.. Kian lama ianya kian runtuh, bagaikan kayu yang dimamah anai-anai.. Tanpa disedari, masa telah merubah segala rasa, KASIH kini bertukar BENCI..

Duhai puteri pujaan hati, begitu aku setia disini menanti, mengapa kau biarkan prasangka membawa mu pergi.. Sedarkah disini aku menanti, mengemis menagih warna KASIH yang dulu kita kongsikan bersama.. Masa terus berlalu, sedang aku masih terdampar menanti akan sesuatu yang kian pudar kepastiannya.. KASIHnya kini berubah BENCI, angkara dimamah perasangka HATI.. Hidupku bagai terbuang, sedang puteri pujaan dibawa pergi.. Itulah corak suasana yang dibawanya, itulah titip perjalanan yang kami lakarkan.. Dalam tanpa sedar, membenam rasa HATI sendiri..

Perjalanan masa terus  berlalu, tanpa wujud istilah berhenti, dan aku terus mencari diri sendiri.. KASIH yang dulu makin layu, sebaliknya kian mekar rasa dendam yang berbunga perasaan BENCI.. HATI memberontak tatkala KASIH tidak lagi dipeduli..

Namun..........
Sampai bila? Sampai bila harus ku layani rawan yang memakan HATI sendiri? Hampir 2 tAhun telah berlalu, Tapak jejak KASIH yang lama kian samar, namun masih terasa disebalik BENCI yang mekar disini..

Kini................
Puteri pujaan telah kembali, mengalun khabar sehalus hembusan bayu.. Disusul bersama tiupan ungkapan MAAF.. Cukupkah? Dengan apa yang aku tempuhi? Berbaloikah? Dengan masa dan rasa yang selama masa aku selami? HATI memberontak, melaung menggongcang selautan ketidak kepuasan rasa..

KASIH..........
Aku mahukan penjelasan, aku mahukan  jawapan.. Bukan aku sekejam insan mahu terus memBENCImu.. Kerana sebaliknya masih terkesan akan kisah KASIHmu.. Kini kau sedar salah silap laku mu.. Tapi adakah berbaloi dengan waktu yang telah kau korbankan? Adakah berbaloi dengan apa yang telah kau palingkan diwaktu dahulu? Aku bersandar, dalam kemerahan mata menakung jernihan air, aku menahan parut dulu yang mula berdarah kembali.. Pada saat yang sama, aku lemas dalam HATI NURANIku sendiri, dipukul ombak KASIH dan BENCI terhadapmu..

Kini kau seakan mengambil berat akan jasad yang dulunya menampung HATImu, keterlanjuran sapaan mu mengundang tanda persoalan dalam minda ku.. Membuatkan aku terpinga, tertanya-tanya.. Apakah BENCImu dahulu telah bertukar KASIH yang pernah berbunga suatu ketika dulu? Kerana kini dapat kurasakan KASIHku mula memamah BENCIku.. Walau telah kembali lahir keinginan dihati, biarlah aku bekukan dahulu, kerana masih aku memikirkan “UNGKAPAN” itu...


Begitulah taulan, sukar untuk dinyatakan, sukar untuk digambarkan.. Benarlah “Hidup Ini Ibarat Roda”, dan “UNGKAPAN’ itu jua adalah sebahagian dari titian kehidupan ini.. HATI NURANI, PERASAAN, KASIH, BENCI, adalah elemen kehidupan.. Tiada yang mampu lari, menyimpang jauh mengelak dari hakiki alam duniawi.. Kita adalah insan, berpada-padalah, renungkanlah, pilihlah haluan, pertimbangkanlah.. Perlukah ditanggung SENGSARA yang menggunung angkara BAHAGIA yang mendalam makna.. Kitalah yang mencorak segalanya, mewarnai lukisan hidup sendiri, dan melakar perjalanan kisah sendiri.. Yang menentukannya, adalah YANG MAHA ESA..

Masihkah aku punya RUANG dan WAKTU...

0 comments: