
Ibarat roda yang berputar, begitulah beralihnya waktu, hari saban hari berlalu bersama setekad rasa untuk mula menyapa.. Aku terdiam, di suatu sudut mengatur buah pemikiran.. Bagaimana langkah perlu ku atur, perlu ku ambil sebagai gerak mula? Walhal tiada langsung rasa terpaut pada mulanya,namun perasaan bagai ku tak mampu mengerti.. Mengapa harus wujud, lahir rasa segan, hinggakan tiap kali bersua, berselisih, mulut seringkali gagal berbicara, pandangan gagal ku pertahan pada wajahnya..
Dengan peredaran zaman serba moden, kelengkapan perhubungan yang tiada sempadan, aku mengatur gerak, sekadar menyapa dalam talian.. Asalnya segan, tapi bersama saki baki kekuatan aku pertahankan langkah yang sudah ku atur.. Perbualan berteraskan cetakan huruf, dari asalnya sedikit kaku mulai rancak, namun rancak hanya dalam medium maya, realiti masih belum hilang rasa yang bernama “SEGAN“..
Pernah jua dilontar persoalan padaku, mengapa aku bagai punya 2 perwatakan, rancak sekadar di talian maya, jauh berbeda pada realitinya.. Usahkan tegur, pandangan juga sering beralih arah.. Sering jua dia merasakan diri ini tiada kesudian untuk benar2 menganali satu sama lain..

Dalam segan inilah, dengan pekertimu lah, hati mula terdetik satu rasa, rasa yang tiadalah asing lagi, rasa yang juga bakal memperjudikan segala pelusuk hati.. Dan rasa inilah makin menghanyutkan aku dalam lautan keseganan terhadapmu.. Sengaja ku selindung, sengaja aku biarkan kerana aku mengerti, siapa aku, siapa dirimu, tahap dan kedudukan, pemikiran, dan mungkin rasa jua jauh bebeza.. Tambahan kau bukanlah sekuntum haruman yang mekar di laman terbuka..

Kenang kembali tutur kata yang terlah terluah, kenang kembali masa yang telah kita lalui, cuba kau selidiki.. Mohon kau perhati.. Bukan ku mahu menyusun teka teki, bukan ku atur ungkitan, bukan ku sengaja mengalas alasan..
Mungkan tiba masa kau kan mengerti, apa yang terkandung, apa yang igin ku sampaikan.. Sejuta maaf, kuhamparkan bersama sepuluh jemari.. Sedarlah, disini hanya mampu ku puja dari kejauhan.. Mohon kau jangan lagi salah erti, mohon kau jangan pernah membenci..
0 comments:
Post a Comment