BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 18, 2011

Limpahan Rasa Di Taman Larangan

Biar aku kisarkan satu ceritera, walaupun sinis isi kandungnya, anggaplah sekadar luahan tuk aku jelaskan.. Seorang gadis, manis rupanya, riang wataknya, pemalu terkadang penakut.. Tambah lagi lemah semangatnye.. Aku tau mesti korang tertanya-tanya kenape aku bagitau semua ni.. Mungkin sebab ni lah aku mula tertarik, mula nak rapat, nak kenal, n sebolehnya nak miliki...

Tanggal Julai 2009, bermula perwatakan seorang mahasiswa di sebuah IPTA tempatan.. Sebenarnya mase tu aku tak lah single, n even tak singgle adelah gelora peribadi mase tu, time tu lah aku ternampak si dia.. Sebenarnya bukan lah sejak hari pertama mendaftar, tapi dah berselang minggu demi minggu & maybe dah berbulan kot.. Seperti mane2 mahasiswa Universiti, setiap anggota nya wajib sertai Briged Siswa, dan dari situ lah mula terpandang.. Sha (bukan nama sebenar) sorang yang kecik molek orangnye, riang, n mulut kadang2 tak reti nak berenti..

Aku ingat lagi nak dijadikan cerita time kem Briged aku satu team ngan die, Night Walk aktiviti malam tu, aku lah ketua leadernye, mengorak langkah masuk meredah hutan, mengetuai kumpulan seramai 12orang tak silap aku.. Salah sorang tu si Sha lah.. Berbekalkan 2lampu picit, & masing2 mengusung barang2 yang diarahkan.. Sepanjang meredah hutan semak samun, die follow blakang aku, kadang2 tu nak pecah perut aku gelak, kadang risau kadang kesian lah jugak..

Mane tak nye ngan muke yang kecut risau, berpimpin tangan ngan member sesame jantina nye, sambil usung barang2.. Tapi yang aku nak cerita tu lah first time aku jumpe die, even tak lah berborak, tak lah bertegur or bersenda.. Mase limit, maklum pulak tugasan Night Walk perlu ditamatkan dan diselesaikan secepat mungkin.. Kem selama 3 hari 2 malam berakhir.. N sejak hari tu mmg susah la aku nak nampak si Sha tu..

Macam biasa aktiviti hujung minggu hangout ngan memeber sekolej kediaman, port biase la kat area Kuantan ni, mane lagi lau bukan Teluk Chempedak.. Nak dijadikan cerita, terserempaklah si Sha ni kat situ.. Yup die ngan member die, n ngan sorang dak laki.. Yang pasti satu universiti gak la.. Its ok, maybe pakwe die.. Aku just trimalah hakikat, telan jelah even mate ni dah terpaut.. Aku ngan member juz continue our activity la.. Melepak, amik angin sebelum balik..

Sejak dari tu, aku juz endah tak endah si Sha even kadang2 teringat jugak, konfius knape lak aku teringat kat die.. Tapi tak bermakne lupa status diri ni.. Macam aku ckap, taklah single tapi bergelora.. Prob awek aku ngan aku malas aku nak citer dah, so at the end, we broke up.. Sakit jiwe sengsare ke ape, korang leh bace pe yang dah aku story kat Cherry Terra Chentaque tu..

Aku tau seme makhluk bumi knal FaceBook, rangkaian internet yang makin cangggih tu.. Start ngan benda alah tu lah kami start connecting antare satu same len.. N makin lame makin rancak, sekepala.. Yelah, kate orang sekepala tu pada awal die kan, jauh lagi jarak nak dituju.. Tapi itu lah kitorang, dari rancak, jadi rapat, n sampailah hati lak yang terpaut.. Aku pon ntahla, terburu-buru or tak sabar-sabar, luah rase kat die.. Die pun dah terus trang seme, die dah berpunya.. Ya aku tau, tapi aku juz meluah rasa.. Kalau korang pon bile dah terpaut rase, lemas nak korang pendam, paling tak mesti terluah jugak..

Ok aku trima seadanya pe yang dah dicerita, pe yang dah terluah, & kitorang juz teruskan sebagai teman rapat, mungkin paling tepat teman amat2 rapat.. Boleh kate every free time aku kua ngan die, bek mkn malam, hujung mggu, or whatever  free time lah.. Aku tau korang mungkin fikir something bad sal kitorang, yelah aku kua ngan awek orang.. Ntah la, no comment, tu hak sendiri nak menilai.. Pada satu semester tu kitorang kene wat satu project, even in different class n course, tapi project yang perlu dijalankan tu same..

Die request tuk wat sesame, so aku tolong, n aku wat same2 ngan die, even terpakse ulang alik jauh2.. Ye la kan, tgh mabuk, pe pun sanggup buat bile da mula rase sayang.. Tak nafikan aku plak cam tergila bayang, tepuk sebelah tangan.. Tapi pe yang nak aku tekankan sal diri aku.. Yup aku sayang die, dah gile angau.. N aku tau sorang laki takkan sesusah payah camni lau diorang tak de feel pada someone tu.. Pecah lah tembelang lelaki hari ni.. So gurlz, fikir2kan..

Waktu makin suntuk, sedang project lak banyak percent lagi tak setlle.. Time tu mmg tertekan, kejar itu kejar ini.. Bukan lah aku nak burukkan si Sha, mungkin sebab die kuat merungut, sampaikan kadang2 wat aku fikir cam dipergunakan.. Sorry Sha.. Tapi ape pun seme tu tuhan je yang tahu.. Aku tak mampu nak wat tuduhan melulu.. Dari situ bermula la selisih paham, leh kate gaduh jugak, n tak lame coz akhirnya kedua-dua belah pihak berlembut jugak..

Finally keje yang bertungkus lumus berbulan-bulan settle ngan keputusan yang tak lah memberangsangkan.. Segala kusut yang ditanggung tu berakhir bersame ngan final exam semester.. Cuti semester tak lame lagi bermula, so kitorang gunakan mase yang ade tuk luang mase, hangout, wanyang, window shopping n sebagainye yang termampu.. Cuti bermula, so yang mampu sekadar call, msg, chatting.. Rindu jangan ckaplah, tambah lak bile dah die balik sane evry time busy..

Aku pujuk ati sendiri, yup die busy ngan family yang lame di tinggal, member yang lame tak jumpe, n maybe its da time die ngan BF die.. Cemburu, tak nafikan, kadang terlintasa nak rampas.. Kenape? Sebab awek aku pon orang kebas nape aku tak leh wat keje kebas-mengebas? Korang rase aku fikir tak panjang kan? Tak nafikan, tapi bile korang dalam situasi, korang pon maybe tertekan n nak balas balik even balasan tu korang lakukan secare rawak n membabi buta.. Sebab? Penat, bengang, kadang marah, mental pun ade..

Sepanjang kami berhubung, aku selalu gak luah feel aku, kadang tu berharap die leh terima, kadang harapan aku tu tinggi melangit, tanpa sedar aku gali kubur sendiri.. Waktu tu semua dah aku tak peduli, bagi aku tak cukup ke susah payah aku dah bukti selame ni.. Bunyi nyer tamak, penting diri, mendesak, tak ikhlas.. Susah.. Susah nak jelaskan pe yang terbuku, pe yang kite pendam, pe yang kite harap, sampaikan kite menyampaikan dengan cara yang serong dipandang pihak lain.. Aku juz mampu serahkan pada tuhan, sebab Dia lah yang maha segalanya..

Namun hakikatnye.. Harus ditelan bahawa hati ini dah pun terpaut..

Thursday, January 13, 2011

Kau Putera Puterinya

Saat kau dilahirkan, kau didukung dengan penuh belaian, penuh lembut oleh jasad yang kasar.. Jasad yang kasar inilah yang melaungkan, membisikkan kau kalimah suci ke cuping telingamu.. Diusap dahimu yang lembut itu dengan selembut yang termampu, dengan limphan kasih dan kesyukuran kepada Illahi.. Dialah bapa mu, dialah ayah mu, dialah dady mu.. Walau apapun panggilan, dialah sebahagian darah dagingmu yang menyayangimu dalam keserlahan sikap yang sederhana, tegas, bertanggungjawab..

                Saban tahun kau makin dewasa, dari berbaring tangis kehausan susu, hinggalah merangkak, akhirnya berjalan.. Keperluan mu dibekalkan, kesihatan mu dipikul dibahunya, perkembangan minda, sahsiah, kerohanian mu harapannya.. Pernahkah kau fikir, pernahkah kau kenang, pernahkah kau hitung? Segala kerenah mu, perilaku mu, dihadapnya dengan sabar, demi menjadi contoh teladan pada mu, agar besar dewasa nanti, kau kan berevolusi menjadi insan yang berpendirian, berketerampilan seperti yang diangankan nya..

                Bertahun berlalu, kini kau melangkah kealam pendidikan, siapa yang menanggungmu? Membekalkan segala kehendak mahupun keperluanmu? Bapa mu.. Mungkin tiada masa dia menemani mu ke sekolah diawal kemasukkan mu, sedarlah keadaan kerja mungkin memaksa keadaan begitu.. Namun yakinlah, dalam hatinya tak lekang merindumu, dalam mindanya tak jemu memikirkanmu, hingga gelisah, kerja tak menentu.. Mungkin kau tak sedari, saat luangnya dia menghubungi ibu mu, bertanyakan tentangmu, hingga berpuas hati, hingga reda kerisauan, kebimbangan, agar kerja terlaksana dengan baik, demi mencari sesuap nasi untuknya, dan ketahuilah selebihnya adalah untuk perbelanjaan mu..

                Tiap bulan, gaji yang diperoleh disimpan dalam akaun, yang dia bukakan untukmu tanpa pengetahuanmu.. Sedikit untuk belanjanya, selebihnya untuk keluarganya, yang terpenting adalah dirimu.. Usiamu meningkat dewasa, tahap pengajianmu makin meniggi, kos tampungan kian meningkat.. “Belajarlah kau bersungguh-sungguh” Ucapan terluah dari mulutnya, bukan menghitung segala yang dibelanjakan untukmu, bukan mengukur kadar berbaloi pelaburan buat mu, tapi dia memikirkan masa depan mu saat dia tiada lagi di muka bumi..

                “Ayah, boleh tak belikan sebuah motor? Boleh tak belikan kereta?” Dia hanya mampu menarik nafas panjang, bukan mengeluh.. Tapi pernah kau terfikir? Telah dia belanjakan wangnya membeli tanah, membeli rumah untuk kesenaganmu kelak? Sehinggakan kehendaknya, keinginan belanjanya dia korbankan untukmu.. Dalam kekusutan, mengatur belanja, berusaha menyimpan simpanan untuk hajatmu, hingga terpaksa berhutang untuk kehendakmu.. Namun kau sering merungut, tak sabar menunggu masa keinginanmu tertunai, sedang dia berhempas pulas untuk merialisasikannya..

             Kini kau dewasa, hajatmu sampai untuk berumah tangga, Andai kau anak lelakinya, akan dia timbang calon buatmu, mencari memilih yang benar-benar sesuai untukmu, kerana dia lebih mengenali mu seumur hidupmu.. Disamping gemuruh, adakah kau mampu harungi perjalanan mencabar ini.. Besar tanggungjawab yang bakal kau pikul suatu hari kelak..

Andai kau anak perempuan nya.. Setelah lama ditimang, kau bagaikan puteri hatinya, lagi berat hatinya tuk lepaskan mu, walau hakikat kau telah sampai masa tuk berjauhan dengannya.. Sedang kau memberontak, sedarlah hatinya terhiris..  Bukan senang sorang bapa untuk melepaskan puteri hatinya, apatah lagi bila kau sudah berumah tangga, kau bukan lagi miliknya, tapi milik suami mu.. Sedang seumur hidupmu dia tatang bagai minyak yang penuh, kini tiba masanya tuk menyerahkan separuh hatinya pada jejaka pilihan mu?

Sedarlah, seorang bapa besar tanggungjawabnya, benar dia jarang menunjukkan kasih sayangnya, tapi sedarlah, anak-anaknya adalah hati dan nyawanya.. Di hanya mahukan yang terbaik untuk kalian semua.. Didikan perwatakannya tegas, semata-mata untuk kau menjadi insan yang tabah, punya pendirian, agar kau nanti menjadi insan yang berguna..

Bila kau sudah berkeluarga nanti, tinggallah dia kesunyian, mengharungi hari tuanya, tiap saat tiap detik merindu teringatkanmu.. Ingatlah bapa, ayah, dady mu.. Sementara dia masih ada, masih mampu merindu, menatap, dan memanggilmu.. Kerana saat kau berjauhan dengannya, sebak hatinya, mengalir setitik jernihan dari matanya.. Adakah masih kau tak mengerti kasihnya sayang kerinduannya?

Saat umur senjanya mergenangmu, hatinya hanya mampu menyandar harapan, agar jenazahnya dimandikan mu, disembahyangkan mu, diusung olehmu, dan pusaranya diziarahi mu, putera puteri hatinya yang dia kasihi sepenuh hatinya.. Itulah dia Ayahmu…

Monday, November 15, 2010

Kembara Mencari Cinta

Ayunan langkah 
merentangi jiwa
saat ku gembira
saat ku berduka
saat ku bahgia
saat ku melara
saat ku kecewa


Pancaroba dendangan dunia
kekeruhan bak hiasan suasana
kadang lembahku berbunga
mehirup harum bau pesona
terkadang jua lembahku kemarau
berselimut debu bakaran jiwa


Masa trus berlalu
beralun bersama bibit peristiwa
dalam kembara ku terkujur kaku
membongkar rasa menyelami jiwa
dalam demensi ku buru cinta
menelan hakikat hati kan terluka


Begitu indah hiasan duniawi
anggun terpana mata memerhati
begitu besar rahmat-Mu tuhan
menghias bumi dengan kecantikan
hapir goyah tiang keimanan
hampir berkubur tiap pendirian


Di situ..
hamba ciptaan
indah bak mekar bunga ditaman
deruan hati telah tertawan
sayang seribu kali sayang
mekar bunga di taman larangan


Ku terus kembara
cuba lupakan apa yang dipandang
ku abaikan hati kian tak keruan
ku alpakan rasa bergelora keinginan
ku pautkan pesanan pada pendirian
bunga itu, bunga larangan..


Juz4u - 299994442

CherryTera ChentaQue 4

Study pun beraksi cam biasa, makin ketengahan, makin sibuk ngan keje2 yang kian menimbun.. Konflik same berulang, setelah berbaik, berulang lagi.. Argh..! Serabut tol lah.. Kali ni makin parah.. Hati die lak makin keras..  Aku lak makin patah hati.. Msg yang dulu nye sweet2 dah jad sour.. Lau sweet sour sedap la jugak kan? Ling.. why u do this to me.. I Luv n Mizz u lor.. Tapi pe kan daya.. Keras nyer hati dah tak terbias dah dengan kate2 lembut sejujur hati..

Call pon ckap nak taknak, msg asyik marah2 n mrajuk.. Kadang2 sakit ati, tpi tahan n tak terluah.. Semate2 nak jaga hati sorang putri pujaan.. Sampai satu tahap aku dah nek fedup.. Try jugak la wat endah tak endah, msg tetap msg, call tetap call.. Cuba alihkan mood, jernihkan balik pe yang dah keruh.. Slow2 suasana makin tenang even still huru hara jgk la.. Nak dijadikan sebab musabab, mlm tu aku outing ngan member, aktiviti cam biasa lah, menjoran bersame teman.. N dah takdir, phone aku lak tertinggal lam kete member.. Kebetulan mlm tu aku mmg duk kat umah, tak balik Kolej..

Aku juz mampu pesan kat member, suh pulangkan lau diorang kua keeseokkan hari, tu pun scare online.. Mmg dalam kepale ni da serabut, cne la lau die msg, aku lak tak reply2, call aku tak angkat.. Dah la musim konflik lg, mau die pk bkan2.. Hp tu terjatuh dari poket sluar aku, so ade lah kat bawah seat penumpang.. Mmg tak perasan la lau tak berbunyi ringing or tak dicari.. Apiz si owner kete leave msg lam F.Book, katenye die ade hal sok, so die tinggal kat Daus tuk serah phone tu.. Mlm tu bru aku dapat, tu pun dah lewat, batry lak kong, da la time die bg tu aku kat bndar.. Mmg sakit lah..

Dah blik umah bru lah leh on hp.. Ya Allah, bertimbun mizcall n msg.. Isi kandung mmg maut.. Aku call tak jwab, so terpakse lah ber-sms.. Pujuk n explaination langsung tak termakan lg dah.. Maybe tggapan die mmg aku pasang len kot.. Hakikat sedlam mane aku stie n jujur, serah pada tuhan jelah.. “Die” lagi maha mengetahui.. Setelah seharian aku karang msg penjelasan tanpa di reply, esokkan mlmnye, nak lepas tension, aku hang-out ngan member.. N time tu die call, nekad tuk break-up..  Satu je soalan aku tye die, muungkin sbb dah terkedu, n trauma ngan break-up words kot..

“Ayg still syg abg lagi tak”

“Jgn cakap sal sayang, owez camni, ayg ngat abg boleh brubah, tpi same je cm dlu, makin teruk, seharian msg tak reply call tak jwab.. Dah la, ayg da penat.. dah mls nak pk..”

“Ayg penat pk sal relation ni? Ayg, abg couple ngan ayg bukan takat nak lepas boring, im serius.. N abg dah explain dah kan nape smlm seharian abg tak jwab call n tak reply.. abg dah msg online kat ayg.. Abg online tggu ayg, tpi ayg tak online..”

Bangang gak aku ni, sal tak call pkai public phone? Ades.. Tu lah silap aku, n sebab tu lah die keraskan ati n tetap ngan keputusan die.. One more time she leave me alone here.. Aku try pujuk, die ckap dah taknak pk sal relationship.. Nak fokus tuk mase depan die je skang.. Lau ade jodoh, ok maybe die ngan aku akan balik smula.. Pe korang rase? Tapi bg aku juz consider.. Lau sbb nak fokus n tak nak terganggu time study, ok aku respect kptusan die.. Sepanjang satu semester, die hilang sepi.. Aku ingat nanti ade lah msg dari die, hope she’s coming back again.. Meleset same skali.. dah dekat final, nothing i got from her..

Just msg GUD LUCK tuk exam.. tu  jer.. Exam berlalu, cuti semester bermula.. Peristiwa sem lepas berulang bile die msg lg.. Nak rujuk lg.. Aku rase cam patung, boneka yang leh diguna pakai bile perlu, macam pondok yang ditumpang berteduh time ujan turun.. Why? Sbb time study, prob timbul then clash.. Time cuti sem sambung balik? Ni ke harga perhubungan aku? Aku tak mampu nak ckap ape.. Prasaan dah mule tawar.. Even still sayang lg.. Aku juz mintak penjelasan, sedalam-dalam penjelasan.. Nape die wat aku camni.. Susah aku nak trime, sampai lah member die yang contact n jelaskan seme..

Same cam yang die bgtau.. Die balik semula sbb die pk n die rase tak patut wat aku cmni.. N die pun bincang dah ngan member die, adik die, n seme ckap aku spatutnye diberi peluang.. Tapi atas sebab orang lain? Bukan dari diri die sendiri ke? Sebab masih ade sayang, aku trima die tuk kali yang ke dua.. Kua date pon slow, seme perkara aktiviti aku ngan die slow.. Sbb patah ati, frust, n still pk pe sbnarnye niat die ngan aku? Masih lagi terase diri ni pondok berteduh..

Semester berikut bermula.. Tanpa hujung pangkal, Die hilang.. Die hilang.. Die hilang... Aku jgk yang kecundang, padan muka.. Dugaan selama ni tepat, sikit tak meleset.. Seme pnjelasan dulu aku ungkit balik smata-mata nak sedarkan die.. Hati yang dulu aku puja, yang dulu selembut sutera, hari ni dah mengeras sekeras titanium, berkilat memancar balik pe yang cuba aku suluh ke hati die.. Lagak n aksi die bagai terlalu benci kat aku.. F.Book die block, remove trus.. N langsung tak dengar khabar.. Msg aku ibarat aku bercakap dengan tiang lampu.. Nothing..! Tinggal aku ngan bayang sendiri..

Ramadhan makin dekat, aku lak makin teringat kat die.. Juz mulakan text ngan Ucapan Menyambut Ramadhan, mmg die reply, n isi kandung sangat2 memeritkan..

“4get me.. Anggap tak kenal jewp.. Mls nak pk sal relation n couple2 nie..  Banyak sangat bnde tak terkejar.. Tq.. Selamat Berpuasa..”

Thats the first n da last msg from her, start dari Die Hilang.. Aku juz mampu pegang kate2 die yang die dah mls nak pk sal coulple n relationship.. Janji dari awal dulu dah terbuang.. Janji tinggal janji.. Sampai skang still aku pegang ayat last die kat aku.. Even just lam msg.. N skang, dari malas nak pk sal relation, die dah punyai putera bru..  Janji pun die buang, kate2 pun die tak pegang.. Tinggal aku je yang still bepaut pada janji die, n kate2 terakhir die..

Sayang... Sampai hati wat abg cmni.. Abg tahu abg silap, n bukan abg sengaje.. Semua ni sebab keadaan, bukan atas kerelaan.. Mungkin ni jugak la alasan ayg nanti kan?.. Puas abg pk, sepanjang mlm abg tak dapat tdo, sebab terkenang, n remind balik salah silap, cari balik sebesar mane salah silap abg sampai cmni ayg buat.. Tau brape mlm abg tak lena tdo tringat kat ayg? Tau berape kali bergenang mate tahan sebak pk kan ayg? Dulu ayg pegi tinggalkan rindu.. Tapi skang ayg tinggal abg tanpa sepatah kate pun.. Gantung tak bertali.. Patut ke? Kalau cmtu jgn salahkan abg kalau berdendam..

Dulu aku harapkan die bagi penjelasan depan2 aku.. Byak bnde yang nak aku tye, byak benda nak aku setlekan.. Sakit hati dah tak mampu nak tahan, sampai tgok pompuan dah meluat tahap gaban.. Tapi sampai bile? Skang penjelasan dah takde makne.. Aku pun dah hilang keruan, melayan makin tertekan.. Berat hati nak lepaskan, sebab terase cam dimain-mainkan.. Yang berlalu, tetap berlalu, kenangan tetap kenangan.. walau sepedih mana pun, biarlah aku telan sorang2.. Sebab inilah “CherryTera ChentaQue”

Selamat Jalan Sayang...TAMAT...

CherryTera ChentaQue 3

Angkara berjauhan, jarang ketemu, timbul perbagai syak wasangka.. Tak salahkan mane2 pihak sebab die pun dah penah dihampakan.. Also same wif me lah.. Jarum jam terus berputar, kalendar terus beralih hamparan muka.. Yang pasti masa tetapkan berlalu.. Bile dah start blaja almaklum makin hari makin bz ngan assignment, mini project, n mase terluang pun tak banyak.. Tak macam zaman Poli dulu, study leh la enjoy2 lg, byak mase terluang..

Disebabkan keadaan camtu, aku tak banyak mase nak luangkan dengan die, msg pun sangkut2, kadang2 dah lewat2 malam bru dapat msg.. Mmg jenis aku bile time wat keje focus kemain.. Bukan lah nak kate die mengganggu, sayang kot, takkan sampai ati lak nak kate camtu.. Yup aku paham die jenis manje, aku suke, tapi dalam keadaan bz tu terpaksa aku korbankan sedikit saat ber-sms bermanja.. Sorry sayang, bukan abang lupa, bukan abg tak ingat kat ayg, hope ayang paham.. Ade mase nye aku call, tapi waktu da lewat, die pon dah tdo..

Konflik kian memanjat dahan perhubungan kitorang, die pun dah timbul rase lain macam, maybe die rase aku kat sini ade pasang lain.. Ayg, sikit pun tak, pecayelah... Salah aku jgak terlampau bz sampai terendahkan putri kesayangan.. Bukan lah sengaja, tapi tuhan saja yang thu camne keadaan aku kat sini.. Tambahan lak roomate die slalu gayut ngan pakwe diorang, tapi die lak msg pun aku reply lambat.. So lari mood lah jawabnyer.. Sikap manje yang dulunya jadi "fav" aku kian bertukar cemburu jarak jauh.. Ades.. aku pon tak tau dah nak pujuk camne nak bg die paham..

Study aku start terganggu, hal emosi usah nak kate lah, sape pun susah nak control.. Skang boleh lah ckap, tapi bile kite yang berhadapan, per cer bro? Suster?.. Konflik dah makin pasang dari surutnyer.. Die mula kuat pk bukan2.. Sedang aku lak makin bz ngan group work, presentation, hal rumah lagi.. Dugaan tuhan bg kna lah telan dengan redha, tapi tak bermakne aku tak usahakan sesuatu.. Setakat termampu aku try yang terbaik tuk kawal seme tu..

Finally, we broke-up.. aku blur.. tak keruan, mood melencong abis.. Aku dah trus terang ngan die,habis jujur seluhur n setulus ati yang terpahat name die.. Skang yang mampu aku bg mase jer kat die.. Mungkin die jugak tertekan, tak aku salahkan bulat2 atas bahu die.. Cuti penggal semester bermula, suasana kembali suram sunyi, member2 seme blik ke halaman masing2.. Aktiviti terbantut n berkubur sementara.. Tambahan lak die dah pegi..  

Msg aku pun takde yang berbalas, call pon tak terjawab.. Dalam saat termenung, (layan jiwang gak la) hati ni merindu, kadang terimbas balik kenangan kitorang.. Sekali skale pic.gallery lam mobile phone aku buka, yang mampu stakat ni tatap gambar kitorang, n bce msg2 yang still aku simpan.. Sekadar mengubat rindu.. Dah dekat seminggu cuti berlalu, rutin harian kat umah aku jalankan cam biase.. Then i’ve got 1msg.. Yup dari die..

“Salam.. wat pew? C-hat?.. Boleh tak nak bincang something?”

Tercabar ego seorang lelaki, kemain lame ditnggal, skang bru msg? Msg aku dulu nape tak reply? Skang baru nak bincang, time dulu nape taknak bincang dulu?

“Org cni c-hat, hidup lagi.. Bincang pe? Lau stakat nak menambahkan sakit hati ni better forget it..”

Ceh, ego sangat lak aku, walhal hati ni merindu parah dah.. Sebab geram kot tertaip lak msg camtu.. Terpikir gak wat nyer die trase camne? Mau senyap trus melepas aku.. Nyata sangkaan ku meleset, msg aku di reply..

“Im sorry coz hurting u.. Tapi leh tak i’ll be ur MokCik?”

Mok Cik? Yup, die slalu pggil aku Pok Cik or busuk.. Tersenyum kejap, happy bagai nak rak.. Tapi ego membuak lagi.. Macam2 soklan aku hambur kat die..

“Dlu tinggal, blah camtu.. Berbuih mulut abg explain, pe ayg wat? Keep wit ur decision.. Broke-Up.. what bout me? Abg pun ade gak skeping ati lam ni..”

“Ayg tau ayang salah, abg nk marah, marah la.. Abg tau tak, ayg slalu tringat kat abg even tak reply tak jwab call, ayg nak jwab, tpi ego tinggi time tu..”

“Ego ayang lgi penting dari abg kan?”

“Abg, ayg salah, ayg mintak maaf sgt2.. Ayg mmg tak boleh lupe abg, yup abg skang jrg msg, thats why ayg terase.. Abg marah la, ayg trima, lgpun slame ni ayg dah biase kne marah ngan abg.. Even abg garang, mrh ayg, tpi ayg tau, seme tu abg wat tuk kebaikan ayg jgak..”

Mmg aku slalu jgk marah die, tak kisah lah die anak manje pon.. Tapi die tak membantah, ok je.. ade gak die merajuk, tapi terpaksa lah aku slow talk ngan die.. Pujuk balik then die trime.. Kitorang “rujuk” balik.. N berkontena aku basuh die.. Hubungan kembali ok.. Sempat jugak lah aku date ngan die, lame tak jumpe, die pun dah beransur ladiest dah, dah matang sket.. Sepanjang cuti mmg kerap kitorang msg, call, kembali cam sedia kala.. n byak kali jugak die datang Kuantan, time tu lah kesempatan aku tuk outing ngan die.. Sehinggalah mggu terakhir cuti sem..

“Abg.. tamo blik Machang..”

“Dah lau taknak, nape sambung study? Lau tak blik sane sie2 jela wat Dip.. Future ayg cmne?

Pujuk aku, even berat hati jugak la nak bepisah.. Tapi masing2 ade tggungjawab mesti dipikul tuk corak mase depan sendiri..

“Ayg, bukan hari ni last kite jumpe, nanti ade mse kite jumpe lagi.. Time study, kite study.. Ti dah cuti, ade mase kite jumpe jgk lagi kan?"

Die Cuma mengangguk sambil bibir memuncung leh sangkut hanger.. Geram tol, aku tarik hidung sampai merah.. Muncung tadi hilang serta merta.. Celoteh senyum kembali berteman si puteri kecil kesayangan hamba.. Hari berlalu, semester baru bermula.. Bermakne berulanglah kembali sesi merindu kitorang..  

BESAMBUNG...

Sunday, November 14, 2010

CherryTera ChentaQue 2

Kisah bermula, kami kini bergelar pasangn merpati sejoli.. Tuk makluman korang, ni lah awek paling mude sepanjang lembaran cintan cinton den.. Suke aku tegok gelagat die, keanak-anakan.. Pling aku ske, pe pun die wat, msti die maklum n mintak izin ngan aku.. Yela kan, sebagai lelaki trase pasangan kite respect kite.. Ade jgak la yang aku larang, n ade jgk la aku suh die tye family die.. Sapalah aku,juz BF die bukan laki die, pe pun rase membela n menjaga hak tu tetap ade walaupun kadang2 orang cakap aku ni cam mengongkong.. Not really, sayang terlampau, tambahan lak die still muda lg..

Boleh kate setiap hari petang n minggu aku juz ngan die.. Maklum rumah pun tak lah jauh sangat kan, kadang2 lepak kat gerai ABC, kadang lepak kat padang ngan member2 die n adik keciknya si Najmi.. walaupon kecik, tapi muke otai gile, but cute.. Ske tgok, tapi si Najmi ni pantang duk atas moto, mule la beraksi Valentino Rossi.. Atas moto jela leh wat die tersengeh, hilang menyepi muke otai die.. Camtu lah aktiviti riadah n date kitorang, juz simple but ok la..

Aku ngan die nak kate jiwang tak jugak, ade ckap kitorang ni cam adik bradik, mungkin sebab care aku layan die, begurau senda ngan die.. Kitorang gile2, kadang2 lam emporium pun leh men tarik2 hidung n tlinge.. Haha.. Orang len tgok pon gelak.. Yang penting kitorang heppy go lucky.. Hari mggu biasenyer mmg pi bandar la, tgok wayang, window shopping, riadah tempat rekriasi.. Die mmg tak byak kerenah, ok sokmo.. Tapi byak mulut, biaselah gurl tak lepas dengan gosip..

Tiba lah time tuk mohon UPU, yela result SPM dah kua.. Aku turut join die isi MOHE online, aku lak dah lame tamat dip n mmg niat nak sambung Degree, n die lak nak sambung Dip.. Ok la kan hope masing2 success.. Hari terus berlalu dan camtulah ceritera kitorang, slow n steady, simple but nice.. Sampai lah satu mase, kitorang terpakse berjarak jauh.. Panggilan masuk blaja dah pon masing2 trima.. Die dapat tawaran Dip kat Uitm Machang, n aku lak Degree di UMP.. Syukur, tapi yelah terase gak berat hati nak bepisah, slame ni slalu dekat, kua je umah dah nampak, tapi tak lame 6t dah kne berjauhan..

Dalam keberatan hati n kerisauan, ketentuan takdir terpaksa kami telan.. Masing2 pujuk hati, n lagipun ni tuk mase depan kitorang jugak.. Sebab risau aku lak berbakul-bakul cuah nasihat kat die, take care jage diri.. melebih-lebih ngalahkan family die lak.. Hari yang dinanti pun tiba, masing2 berangkat bawak haluan sendiri..

“Ayang, rindunye kat ayang.. Camne ayang kat sane ek?”

Tetiba jiwang lak, yelah, tak penah berjauhan, tambah lak ni first time dia bejauhan ngan family.. Aku lak skang kat UMP.. Even kat sini mudah ramah n berteman member2 baru, tpi ati ni sayu teringat kat my darling.. Tak lame phone aku meraung, yess..! My honey call...! Terubat rindu, bukan aku taknak call, tapi maklum, kedit sangkut, blanje lak ckup2 jerk.. Degar suare die teresak-esak.. Nak tergelak jgak, tapi yelah, die lak pengalaman first time duk berjauhan ngan parents.. Aku juz mampu pujuk lam talian Hotlink jela.. Try alihkan mood die, Alhamdulillah die trime knyataan..

Tak lame die makin ok, dah boleh sesuaikan diri kat sane, baguslah sekurang-kurangnyer tak la die sayu sangat.. Macam aku kat sini jgak, lumrah la kan, die pun da ramai knal teman2 baru kat sane, tiap kali call pun dah dengar balik celoteh riang die.. Senang hati bile tau die eppy, yelah, dari murung jer ngan aku2 naik risau.. Tak senang ati.. Rezeki datang bergolek bile seluruh IPT dapat cuti mengejut sebab wabak H1N1.. Mmg pluang keemasan lah tuk aku jumpe die.. Dah lame memendam rindu kan..

Hari yang amat2 dinantikan pun tiba, kitorang jumpe, n aktiviti gile2 dah bertukar jadi jiwang.. Hahaha.. Maybe sbb lame tak jumpe kot (Walhal tak la lame ngat)..

“Abg, maybe thun depan ayg dah pindah Maran, sbb kat sini pun tinggal Ibu ngan adik2 jer.. Kalau pindah duk Maran Abah ade kat sane”

Actually ayah die mmg da start posting sane, terpakse slalu out station.. So tinggallah mak ngan adik2 die je kat sini skang.. Dlu mmg la die ade kat umah, tapi skang dah blaja jauh, so kesunyian si ibu tu timbul lah.. So parents die amik keputusan tuk menetap kat sane..

“Nampak gayenyer 6t makin susah la kite nak jumpe.. Yela, lau ayg duk cni time cuti2 leh lah lepak same, jumpe slalu.. Ti dah pindah sane susah dah la nak jumpe cmni.. Kalau jumpe pun kejap jela”

Aku mengeluh, huh.. Dugaan btul, saat dah jauh makin dijauhkan.. Tapi tak bleh la aku pentingkan diri, ni hal family diorang, yela lau kne kat parent aku pun msti pindah jgk kan.. Takpelah, aku telan je ketentuan Illahi, mungkin ade hikmah sebalik semua ni kan.. Cuti berakhir, masing2 kembali ke kampus, merindu lah sekali lg, makin hari makin pekat.. Huhu, madah plak.. Tapi cmtulah bile dah sayang, dah slalu besame, bile dah jauh camni lah jadinya.. Lumrah alam..

Tak lame kemudian family die pun berangkat lah ke destinasi baru.. Time cuti sem, die balik sane, ade jgak datang sini, tapi kejap jer.. Aku pun mmg tak sempat sgt nak date ngan die, nak lepas rindu lah kononnye, tapi pe kan daye hajat tak kesampaian..

BESAMBUNG....

Monday, November 1, 2010

CherryTera ChentaQue

“Din, teman aku jap.. Aku nak beli barang tuk awek aku.. Esok hari jadi die, aku nak mintak tlong ko pilih adiah pe sesuai nak bagi kat die..”

Kata2 tu muncul keluar dari mulut member aku.. Jugak a.k.a jiran aku.. Terkejut gak aku dengar, sebelum ni tak pernah2 lak membe ajak aku gi bli hadiah tuk awek die..  Alang2 aku tadak keje aku follow je..

“Bile ko nak gi?”
“Petang sket la, aku nak mandi moto aku lu.. Pape hal ti aku msg ko.. Bereh?”
“Ok.. On..”

Aku trus meluru masuk ke rumah.. Pe lagi, lepak layan PS la ngan adik aku.. Mase terus berlalu, tibalah saat yang dah dijanjikan.. Fon aku bebunyi rentak kokokkan ayam jantan menandakan ade msg masuk.. Rupenye jiran aku da ready.. Tak ckap byak aku besiap2 trus capai honey aku (motosikal).. Jiran aku terpacak ngan jentera die kat depan pagar rumah.. Tersenyum panjang selepas hembusan asap Dunhill 20 dihembus dari mulut dan lubang hidungnye..

“Syam, port mane nak ushar ni?”
“Alah, kiter roger ke Ktn Parade lu.. Ushar sane lu.. Pastu pi Megamall.. Aku nak ushar lu, pastu timbang2 bru kite angkut.. Lah soal makan aku support la der..”
“Sal makan tak kisah ah, moh le gerak dlu.. Panas kot..”

Nisyam sarungkan helmet, trotle dipulas sampai tayar blakang spin atas jalan.. Memang eppy sangat la, exited kot.. Rewang2 tgah2 bandar, sampai la destinasi yang dituju.. Hari dah petang, barang yang dicari da die sapu.. Tak leh blah, siap packing lawa2.. Sebelum gerak balik, kitorang merempit pi taman gelora.. Layan ABC Cendol mamak kat situ, pergh…! Mmg sedap kot.. Kaw giler.. Hari makin sampai ke penghujung.. Masing2 angkat langkah ke jentera memasing, bersambung lah balik sesi rider yang tersekat seketika tadi..

Sampai depan umah, sempat lg layan lepak, bertemankan Dunhill free hasil pow dari Nisyam.. Kitorang duduk kat padang, borak2 kosong sambil mate layan budak2 men bola, kadang2 tu cuci mate gak tgok anak2 dare lalu lalang nek beskal, ade gak yang balun moto ayah die, ade gak la yang jalan kaki.. Ushar line je, maut lau ngusik..

“Din, teman aku sok”
“Teman bende lagi Syam? Aku tak janji la, tapi kol brape?
“Ala, petang2 sket la.. Aku nak bg brang ni kat die” Sambil pegang hadiah yang bru di shopping td..
“Petang… ok la aku on kot… Lgpun nak gak tgok sape awek ko tu haha..”

Masing2 gelak, pe motif pon aku tak paham jgk sebenarnye.. Tibe la hari yang dinanti-nanti, kadang2 nak tergelak aku tgok muke si Nisyam ni.. Ade la unsur gumbira n exited.. Tapi mengelabah tak ingat dunie.. Sesampai port yang dituju, Nisyam melabuhkan hendset Sony Erickson kat telinge.. Pe lagi, contact yang tercayang la.. Mak aih manje ke main lagi.. Ade la dekat 10 minit kitorang melepak port tu, datang la kawanan dak2 skoll.. Nek moto Skuter  Ego n Modenas Kriss..

Ades.. dak skoll lagi awek die rupenye.. Seme kiut2, tak dapat nak teka lak pada awalnye.. Tak lame pastu dak nek skuter tu turun dari Ego nyer (sbnarnye ego member die) Arina namenye.. Even budak, tapi sumpah Cute dowh.. Tak pecaye lak aku mamat ni leh awek kiut.. Fuh kalah la aku.. 2orang lg member die setie menanti atas seat moto Kriss hijau, Sidah n yang sorang lagi Mira namenyer.. Alahai kecik molek je aku tgok.. Kenit2 semenyer..

Aku wat tak tau jer.. Duk menyandar atas moto sndri.. Lame gak la date diorang, dah nek lenguh kaki aku duk tunggu sesi romantic diorang.. Mulut pun da kebas sedut rokok.. Biasela obat dikala kesumbatan haha.. Sesi date berakhir. Fuh leme kemain lg.. Almaklum la bebudak bru nak berbunga.. Aku bg la can.. Macam tu lah selalunye bile die nak pi date, aku la yang jadi escort.. Kadang2 tu rimas gak jd pak turut orng ni, tpi alasan die segan coz minah tu bwak member..

Lame kelame an.. kitorang da jadi ramah.. Tapi aku ramah pon lam msg jela, depan2 wat dek jer.. Aku ngan diorang bgai abg melayan adik2 pompuan keciknyer.. Nisyam pon ok jer, even kadang2 aku rase cam tak sedap lak.. Yela, awek member kot, over kamcing kang truk gak kan.. Tapi yang nyate mmg si Nisyam tak kisah langsung..  Tak lame kendian, aku dapat tawaran tuk join Kursus Lepasan Graduan lam bahagian Safety & Health.. tak jauh pon.. PSDC Semambu je.. Dalam 20km je la..

Start dari tu mmg jarang amat lah aku join diorang, dengan member2 len pon kadang2 tadak mase.. Mlam jela lau ade pon, port macam biase la, kedai Mek Siam.. Aku ngan Nisyam ok, kamcing even kuat msg ngan awek die si Arina.. Pening gak aku, lau orang len kompem hot.. Tapi don’t worry Syam, aku ngan die cam abg adik je.. Hari berganti hari , detik trus bersilih ganti, pasang surut pun ikut join same.. Sekejap pasang, sekejap surut.. Sampai la satu hari tu aku dapat msg dari Arina, die tye aku sal Nisyam, ade ke nisyam men kayu 3..

Aku ngan selenge nye jawab tak tahu.. Yela mane la aku campor hal ni.. Lagipon better diorang la yang setle.. Hal pribadi diorang gak kan.. Sudahnye berita tak sesedap tuk didengar masuk ke tlinge aku.. Diorang clash.. Aku tye la Nisyam, hohoho tetiba jadi Doc Cintan lak.. Tapi tadek pape jwapan dari pihak “Adam”.. Tye lak “Si Hawa”, die cakap Nisyam ade gurl len, bukan sorang, tapi 2orang lg.. Fuh Yo…! Dashat gler..! Macho ke die tu? Or gurl bute kayu? Haha.. Juz joking der, suster.. Lek2.. Sebagai orang tengah yang dah terlantik sejak azali, aku try la nak bek2kan diorang balik.. Tapi hampeh, Ego tahap gaban..

Ade jugak Si Arina ni nangis, sedih sakit ati.. Yela kan, kalo kene kat korang pon gtu gak.. Jangan kate la korang heavy metal ke ape metal la, sudahnye akan karat juge.. BEtoLL.. Aku selaku abg ni pujuk la, nasihat la.. Byak jugak la aku tgur die..Nasihat pon ade gak , yela aku bukan la Dr Fazilah Kamsah kan.. Tapi pe yang termampu n aku rase ade rasional die aku sharing2 la kan.. Budak2 ni mudah melencong.. Tambah lak time usie meningkat remaja ni.. Chewah.. Hubungan kitorang makin rapat, lumrah ciptaan kaum adam dan hawa, tersimpuil la bibit2 rase lam ati.. Segan gak kan nak open, tapi aku tgok die pon cam ade response je.. Aku still pk sal Nisyam, pe la die rase nanti.. Dengan tak malu nyer aku open question kat die, ape nye jantan la.. Die ckap tak kisah.. Ades..


Takpela pluang aku la tu.. Rezeki tuhan nak bgi.. Sangkaan aku slame ni tepat, tak sia2 aku menjala, habuan besar aku dapat.. So bermula lah bibit2 lembaran baru dalam hidup aku..

BERSAMBUNG…